Info Pelan

Bebas Pornografi Dengan John BevereSampel

Porn Free With John Bevere

HARI 1 DARIPADA 5

 Mengapakah Anda Inginkan Kebebasan?



Jika pengalaman anda adalah sama seperti pengalaman saya, anda terdedah kepada pornografi ketika umur anda masih mentah. Saya berumur 12 tahun apabila kawan saya menunjukkan senaskhah majalah kepada saya, dan saya memegang majalah itu. 



Sesudah saya bertaubat, beberapa pergumulan lenyap dengan segera. Saya berhenti hidup seperti pemuda persaudaraan, pergi ke parti dan minum terlalu banyak. Saya segera dibebaskan daripada menyumpah. Namun, pergumulan saya dengan pornografi terbukti jauh lebih degil, malah berlanjutan sehingga beberapa tahun pertama perkahwinan saya. Walau macam mana pun saya mencuba, saya tidak dapat membebaskan diri. 



Kemudian, saya berpuasa selama empat hari, dan saya dibebaskan sepenuhnya. 



Saya bingung, lalu menanya Allah mengapa, sekian lama, saya nampaknya tidak dapat membebaskan diri walau apa pun yang saya cuba—tetapi pada suatu hari, ikatan itu diputuskan. Apa yang Dia tunjukkan kepada saya adalah, sebelum dibebaskan, saya sedih kerana dosa saya, tetapi perasaan itu adalah kesedihan yang salah. 



Paulus memberitahu kita, "Sebab dukacita menurut kehendak Allah menghasilkan pertobatan yang membawa keselamatan dan yang tidak akan disesalkan, tetapi dukacita yang dari dunia ini menghasilkan kematian" (2 Korintus 7:10 TB).  



Apabila saya tidak dapat membebaskan diri, saya takut akan akibat pergumulan berterusan itu terhadap kehidupan saya. Saya tidak mahu memusnahkan pelayanan atau perkahwinan saya. 



Melihat masa yang membawa kepada waktu saya dibebaskan, segala sesuatu berubah, saya mula bersedih kerana dosa saya menyakiti hati orang yang saya kasihi. Ini adalah kesedihan yang sejalan dengan kehendak Allah—kesedihan yang tidak didorong oleh ketakutan akan kehilangan peribadi, tetapi oleh kasih terhadap Allah dan orang lain. Kesedihan ini menghasilkan pertaubatan yang mendalam dalam hati saya. 



Jika anda bergumul untuk membebaskan diri, soalan pertama yang anda perlu tanya diri sendiri adalah: "Siapakah tumpuan kesedihan saya?" Adakah anda merasakan kesedihan duniawi, takut akan akibat peribadi dosa anda? Ataupun adakah anda merasakan kesedihan yang sejalan dengan kehendak Allah, didorong oleh kasih sejati? 



Kesedihan yang pertama akan tetap mengikat anda. Kesedihan yang kedua itu akan memimpin anda ke arah kebebasan. 



Hari ini, saya mahu anda berdoa agar Allah akan menghasilkan kesedihan yang sejalan dengan kehendak-Nya dalam anda. Mohonlah untuk mengenali-Nya dengan lebih intim, dan agar anda akan betul-betul rasa sedih tentang sebarang dosa yang menghindari keintiman itu. Apabila anda mempunyai motivasi yang betul, perubahan akan menyusul. 


Hari 2

Perihal Pelan

Porn Free With John Bevere

Ini bukanlah pelan untuk mengasak anda, memberitahu anda untuk melipatgandakan usaha anda, dan mengurus diri. Pelan Bebas Pornografi akan memegang tangan anda dengan kasih sayang, menemui anda di mana anda berada, dan me...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.messengercourses.com/porn-free

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami