Info Pelan

GelisahSampel

Restless

HARI 3 DARIPADA 3

Semalam, kita telah melihat bagaimana Yesus telah membentuk semula idea rehat hari Sabat sebagai kurnia yang harus dinikmati, dan bukannya taurat yang harus ditaati. Maka, jika hari Sabat adalah, dalam kata-kata Yesus, "ditetapkan untuk kepentingan manusia," (Markus 2:27), persoalannya menjadi, apakah yang diperlukan oleh manusia? Seperti yang telah dibincangkan pada hari pertama pelan ini, kita memerlukan penawar kegelisahan, iaitu menukarkan perkara yang menghisap hidup dengan perkara yang memberikan hidup secara tetap, mengamalkan kesyukuran, dan mengingatkan diri tentang bagaimana pekerjaan Yesus pada salib telah membebaskan kita daripada tekanan bekerja setengah mati. 



Bagaimana dan bila kita melakukan perkara tersebut adalah berbeza-beza. Dengan Yesus sebagai perjanjian yang baru, kita tidak lagi terikat dengan satu hari rehat yang tertentu daripada kegelisahan kita. Anda boleh mengambil "hari Sabat" atau rehat pada setiap malam selepas anda menidurkan anak anda, ataupun semasa cuti musim panas tahunan, ataupun mengikut tradisi, pada satu hari tertentu pada setiap minggu.



Keluarga saya dan saya menerima kurnia rehat ala Sabat pada setiap hari Ahad, apabila kita cuba melakukan perkara yang "memberikan hidup" sahaja dan melakukan sebaik mungkin untuk berhenti daripada segala usaha dan produktiviti. Bagi kami, rupanya adalah tidak bermain telefon, makan makanan kegemaran kami, menghabiskan lebih banyak masa dalam Firman Allah, dan berseronok dengan keluarga serta kawan terdekat. Walau bagaimanapun, perkara yang paling melegakan bagi saya adalah untuk satu hari itu, kami dengan sengajanya menangguhkan sebarang perbualan produktif. Itu bermaksud tidak bercakap tentang idea buku saya yang seterusnya, tidak merancang percutian seterusnya, dan tidak berbincang tentang kalendar minggu depan. Sepanjang sehari, sebaik mungkin, kami cuma berehat dan menghargai perkara yang baik, kerja, dan orang yang telah diberikan Allah kepada kami—tidak berusaha untuk lebih banyak lagi.



Apabila isteri saya dan saya mula mengamalkan hari Sabat beberapa tahun lalu, ia segera menjadi jelas mengapa Yesus mengatakan bahawa hari Sabat telah ditetapkan untuk kepentingan manusia dan bukan sebaliknya. Hari Sabat merupakan peluang untuk berehat daripada tekanan dunia yang tidak henti-henti untuk sentiasa mencapai, menyelesaikan, menghibur, berbelanja, menghantar, dan melakukan sesuatu. Ia adalah sehari untuk memandang kehidupan kita, pekerjaan kita, dan salib dan mengatakan dengan puas hati, "Ini mencukupi!"



Rehat jenis ini tidak datang dengan mudah bagi saya. Sukar sekali. Namun, semakin saya mengamalkan rehat tetap ini, semakin kurang gelisah dan bimbangnya saya. Jika anda berasa gelisah seperti saya, saya mendorong anda untuk mendengar Yesus memberitahu anda bahawa rehat ala Sabat adalah untuk kepentingan anda. Ia tidak lagi perintah yang bersifat keundangan. Ia adalah kurnia yang lebih relevan sekarang daripada sebelumnya. Saya berdoa agar anda menerimanya.



Adakah Pelan ini membantu?



Terokai Sumber Lain daripada Jordan Raynor


Hari 2

Perihal Pelan

Restless

"Hati kami yang gelisah hanya mendapat ketenangan dalam-Mu." Belum pernah orang yang begitu banyak mengalami kegelisahan yang digambarkan oleh Augustine dalam ayat terkenal ini. Namun, apakah penyelesaian kekurangan kete...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/restless/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami