Info Pelan

GelisahSampel

Restless

HARI 2 DARIPADA 3

Semalam, kita telah memastikan bahawa penyelesaian untuk kegelisahan kita ditemui dalam rehat ala Sabat daripada punca kegelisahan kita. Esok, kita akan melihat bagaimana kita sebagai orang Kristian pada abad ke-21 melakukan itu secara praktis. Walau bagaimanapun, kita mesti melihat terlebih dahulu tentang apa yang bukan sifat hari Sabat untuk orang Kristian dewasa ini. Tempat terbaik untuk bermula adalah asal-usul hari Sabat.



Apabila Allah menyerahkan Sepuluh Hukum Allah kepada Musa di Gunung Sinai, Dia mengarahkan orang Israel untuk berehat pada hari ketujuh setiap minggu. Ini dimaksudkan untuk menjadi tanda perjanjian Allah dengan umat-Nya. Sudah tentu, hari Sabat mengikut contoh rehat Allah daripada kerja penciptaan pada hari ketujuh yang pertama. 



Dalam Perjanjian Lama, hari Sabat diamalkan dengan undang-undang dan peraturan yang ketat. Contohnya, orang Israel dilarang menyalakan api (Keluaran 35:3), mengumpulkan makanan (Keluaran 16:23-29), dan menjual barangan (Nehemia 10:31). Hukuman kerana melanggar hari Sabat secara sengaja tidak lain daripada dihukum mati (Keluaran 31:14-15).



Dengan peredaran masa, orang Israel menjadikan hari Sabat keterlaluan bersifat keundangan, sehingga tahap di mana, sampai Yesus datang ke dunia, mereka memandang penyembuhan pada hari Sabat sebagai satu dosa. Apabila orang Farisi melihat Yesus menyembuhkan orang dan memetik gandum pada hari Sabat dalam Matius 12, mereka mendatangi Yesus, menyatakan bahawa itu melanggar Taurat. Yesus membalas dengan mengkhabarkan "Anak Manusia berkuasa atas hari Sabat" (Matius 12:8) lalu menandakan bahawa satu perjanjian baru sudah datang dalam peribadi Kristus. Dalam catatan Markus tentang peristiwa yang sama, Yesus dicatatkan berkata bahawa "Hari Sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia; manusia tidak dijadikan untuk hari Sabat" (Markus 2:27). Dengan kata lain, Yesus mengatakan bahawa melalui-Nya, hari Sabat bukan lagi satu perintah Taurat. Sebaliknya, ia adalah kurnia penuh rahmat untuk orang yang gelisah. 



Apakah yang dimaksudkan oleh Yesus bahawa kini hari Sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia? Bagaimanakah, secara praktis, kita boleh mengambil kesempatan daripada kurnia itu? Bagaimanakah kita boleh rehat secara tetap sekarang, tanpa menjadikan rehat kita bersifat keundangan dan menghisap hidup? Soalan tersebut akan dijawab pada hari terakhir pelan ini.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Restless

"Hati kami yang gelisah hanya mendapat ketenangan dalam-Mu." Belum pernah orang yang begitu banyak mengalami kegelisahan yang digambarkan oleh Augustine dalam ayat terkenal ini. Namun, apakah penyelesaian kekurangan kete...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/restless/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami