Info Pelan

Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin TercapaiSampel

Chasing Carrots

HARI 3 DARIPADA 7

Mengejar Perkenanan



Begitu: Perkenanan adalah sesuatu yang harus anda inginkan. Ikutlah kami—ini bukan sesejenis penipuan umpan dan tukar.



Perkenanan adalah sesuatu yang harus anda inginkan. Perkara yang akan menjayakan atau memusnahkan anda adalah perkenanan siapa yang anda inginkan.



Kita dilazimkan dalam kehidupan ini untuk mencari perkenanan orang lain. Sebagai kanak-kanak, orang dewasa memuji kita apabila kita melakukan perbuatan baik. Kita suka pujian mereka, jadi kita terus melakukan perbuatan baik. Di sekolah, kita belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan pujian guru, ataupun kita membuang-buang masa untuk mendapatkan penerimaan rakan sebaya. Setelah kita menyertai tenaga kerja, kita bekerja untuk tempoh waktu yang panjang dengan harapan agar kita dapat menarik hati bos kita, atau membeli rumah yang lebih besar dan kereta yang lebih baik untuk mendapatkan rasa hormat sahabat dan keluarga kita.



Apakah rasanya apabila kita berjaya memperoleh perkenanan orang lain? Kita rasa baik sekali. Dunia kelihatan lebih cerah. Kita berjalan dengan cergas dan riang. Nilai diri kita juga bertambah.



Tetapi.



Anda tahu pasti adanya "tetapi."



Akhirnya, salah seorang daripada mereka itu gagal memberikan perkenanan terhadap anda. Apabila itu berlaku, keadaan boleh menjadi kucar-kacir. Anda mungkin sudah sedar akan ini.



Anda bukannya bergantung pada orang yang salah. Anda tidak mungkin menemukan perkenanan yang anda perlukan daripada orang lain. Hanya Allah boleh memenuhi keperluan paling mendalam anda untuk perkenanan. Apa lagi? Anda tidak perlu berdiri di atas kepala atau bertindak dalam cara tertentu untuk memperoleh perkenanan-Nya. Semasa anda menerima Kristus sebagai Penyelamat anda dan menjadikan Dia Tuhan kehidupan anda, anda diperkenan oleh Allah. Itu sahaja. Anda sudah selamat, kerana sejak itu, anda ialah anak Allah. 



Berkemungkinan besar anda pernah mendengar semua ini. Hari ini, biarlah diri anda merasanya. Anda memiliki segala perkenanan yang diperlukan—perkenanan yang tidak akan goyah atau gagal. Nilai anda terjamin, dan anda boleh bergantung pada perkenanan Allah Bapa anda.



Pertimbangkan: Pada masa ini, anda inginkan perkenanan daripada siapa atau apa? Bagaimanakah hubungan anda akan berubah jika anda membenarkan perkenanan Allah untuk memenuhi keperluan tersebut?


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Chasing Carrots

Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adaka...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami