Info Pelan

Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin TercapaiSampel

Chasing Carrots

HARI 1 DARIPADA 7

Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin Tercapai



Idea mengejar sesuatu yang tidak mungkin tercapai berasal daripada metafora lobak merah dan tongkat yang ditulis buat pertama kalinya pada pertengahan tahun 1800-an. Bayangkan lukisan kartun keldai dengan lobak merah yang digantung di luar jangkauannya. Penunggangnya menggantungkan lobak merah pada tongkat yang panjang dan menggunakannya untuk memotivasikan keldai untuk berlumba. Bagi keldai itu, ganjaran itu sentiasanya selangkah di depan.



Pernahkah anda rasa seperti keldai itu?



Lama sebelum tahun 1800-an, Raja Saloma meratapi pengejaran yang sia-sia dalam kehidupan sebagai tidak lebih daripada "mengejar angin."



Pernahkah anda cuba mengejar angin? Ia sentiasanya hanya selangkah daripada anda.



Perkara yang rumit tentang "hanya selangkah lagi" adalah sentiasanya terdapat satu lagi langkah. Beberapa tahun lagi dalam pekerjaan ini, atau sebaik sahaja anda menamatkan pengajian, atau sebaik sahaja anda berkahwin, atau apabila anak lebih besar, atau apabila iman anda adalah lebih kukuh, atau apabila anda mampu membeli benda seterusnya yang menjanjikan kegembiraan. Hanya. Selangkah. Lagi. 



Terdapat satu cara yang lebih baik untuk hidup. Anda boleh menuruni sawat injak prestasi. Terdapat amat banyak lagi dalam kehidupan daripada lebih besar dan lebih baik. 



Yesus menangani pencarian kegila-gilaan untuk lebih banyak ini dalam Matius 6. Apabila anda membaca kata-kata Yesus hari ini, cubalah ini. Tarik nafas panjang dan kosongkan fikiran anda daripada kekhuatiran anda. Bayangkan anda berada di sana semasa Dia mengajar. Apakah yang diduduki anda? Bagaimanakah bau udara? Bagaimanakah suara-Nya? Apa lagi yang anda dengar? Apakah yang anda lihat? Apakah yang terurai dalam diri anda semasa anda mendengar suara-Nya?



Selepas anda selesai membaca ayat Alkitab hari ini menggunakan kaedah di atas, anda perlu mempertimbangkan dua soalan berikut. Tidakkah bagus memperlahankan diri dan menghabiskan masa dengan Yesus? Bagaimanakah saya boleh menyediakan lebih banyak ruang untuk Yesus dalam kehidupan saya?



Doa: Setelah membaca ayat Alkitab hari ini, berdoalah dan minta Allah untuk memperlahankan diri anda secukupnya untuk mendengar daripada-Nya sepanjang hari ini. 



Cari video, panduan perbincangan, dan banyak lagi tentang Chasing Carrots.


Hari 2

Perihal Pelan

Chasing Carrots

Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adaka...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami