Info Pelan

Pengurusan Masa yang KudusSampel

Divine Time Management

HARI 5 DARIPADA 6

Mengasihi Orang Lain dengan Masa Kita 



Mengasihi orang lain ialah penggunaan masa kita yang tertinggi dan terbaik. Ia jugalah sebahagian yang penting untuk menunjukkan bahawa kita ialah pengikut Kristus. 



Yohanes 13:35 (BM) mengungkapkannya seperti ini: “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”



Malangnya, sebagai orang Kristian, kita tidak selalu menunjukkan hubungan kita dengan Kristus dalam hubungan kita dengan orang lain. 



Namun, hari ini ialah hari yang baru, dan anda boleh menyatakan kesanggupan anda untuk mengasihi orang lain dengan masa anda sekarang ini. Dua cara yang berkuasa untuk berbuat demikian ialah melalui pembuatan perdamaian dan menunjuk jari… pada diri sendiri. 



Roma 12:18 (AVB) menyatakan: “Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia.” Dalam Amsal 15:1 (BM) kita diberitahu: “Jawapan yang lembut meredakan kemarahan, sedangkan kata-kata yang pedas membangkitkan amarah.”



Sebahagian besar daripada menjadi pendamai ialah bagaimana kita menggunakan kata-kata kita. Adakah kita bercakap dengan nada yang menyakitkan hati atau adakah kita mengkomunikasikan fikiran kita dengan penuh hormat? Adakah kita menganggap yang baik-baik tentang orang lain ataupun adakah kita menganggap yang tidak baik tentang orang lain? Kita boleh memilih untuk melembutkan pemikiran kita dan komunikasi kita supaya kehadiran kita menghasilkan kedamaian meskipun dalam situasi yang cela kerana persengketaan. 



Kita juga boleh mengasihi orang lain dengan memilih untuk menunjuk jari pada diri sendiri daripada menunjuk jari pada orang lain semasa kita rasa tersinggung kerana kata-kata atau tindakan orang lain. Orang lain mungkin melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun salah terhadap kita. Namun, biasanya reaksi negatif kita yang kuat terhadap tindakan mereka berkaitan dengan luka atau bohong dalam diri kita sebagaimana ia berkaitan dengan mereka itu. 



Seperti yang dinyatakan dalam Matius 7:3 (BM): “Mengapakah kamu perhatikan selumbar di dalam mata saudaramu, sedangkan kayu balak di dalam matamu tidak kamu perhatikan?” 



Satu cara besar anda boleh mengasihi orang lain dengan masa anda ialah dengan memperlahankan diri, dan memandang ke dalam: Mengenal pasti apa sebenarnya yang telah berlaku. Tanyalah diri mengapa ia merangsang anda. Bertaubat dan memohon maaf. Mintalah Allah untuk menyembuhkan anda. Sesudah itu, jika merasakan wajar, bercakaplah dengan orang itu. 



Tindakan ini memakan masa dan melibatkan perasaan yang terkawal tetapi ia menjadikan kita daya kasih dan kedamaian Kristus bukannya daya pemusnahan meskipun di tengah-tengah keadaan yang susah. 


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Divine Time Management

Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah "mengawal" hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan reh...

More

Kami berterima kasih kepada Elizabeth Grace Saunders kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.divinetimebook.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami