Info Pelan

Pengurusan Masa yang KudusSampel

Divine Time Management

HARI 2 DARIPADA 6

Mengamanahkan Masa Anda kepada Allah



Kepercayaan didefinisikan sebagai "kepercayaan dalam kebolehpercayaan, kebenaran atau keupayaan seseorang atau sesuatu.” Perkataan ini digunakan lebih daripada 150 kali dalam Alkitab. Salah satu tema utama dalam Alkitab ialah kepercayaan kepada Tuhan. Apabila orang dalam Alkitab mempercayai Allah, mereka mengalami kebaikan-Nya. Apabila mereka mempercayai apa-apa selain daripada Allah, mereka tidak mengalami kebaikan-Nya.



Yeremia 17:7-8 (AVB) menjanjikan berkat berikut bagi orang yang mempercayai Tuhan:



“Diberkatilah orang yang bergantung pada Tuhan, 



yang menaruh kepercayaannya pada Tuhan.



Dia akan seperti pokok yang ditanam di tepi air



yang merambat akar-akarnya ke tepi sungai. 



Dia tidak takut ketika panas datang,



daun-daunnya tetap hijau. 



Dia tidak khuatir pada tahun kemarau,



dan tidak akan berhenti menghasilkan buah.”



Jadi, apakah sebenarnya rupa betul-betul mempercayai Allah dengan masa kita? Sebagai orang Kristian, kita sering terfikir untuk meminta pertolongan Allah dengan keputusan yang besar seperti pekerjaan mana yang harus diterima, kawasan yang harus dijadikan tempat kediaman, atau jika kita harus mengahwini seseorang itu. Walau bagaimanapun, kita kerap terlupa untuk meminta Allah untuk membimbing kita dalam perincian sehari-hari hidup kita.



Berikut ialah beberapa cara kita boleh mempercayai Allah sebagai tumpuan pengurusan masa kita:




  • Merapikan jadual anda (De-clutter): Lihat semua aktiviti hidup anda. Berdoalah untuk mengenal pasti aktiviti yang harus diluangkan lebih atau kurang masa. 

  • Melabur dalam hubungan anda dengan Allah: Luangkan masa setiap hari untuk pengajian Alkitab dan doa sebagai cara berhubungan dengan Bapa syurgawi anda dan menyerahkan beban anda kepada-Nya. 

  • Berharap pada Allah: Luangkan masa untuk hari Sabat mingguan dan masa lain untuk berehat sebagai tindakan mempercayai perlindungan Allah terhadap anda. 

  • Melepaskan tangan: Jika anda cenderung bersifat terlalu bertanggungjawab terhadap orang lain, mintalah Allah untuk menolong anda untuk mempercayai kasih-Nya terhadap orang yang anda kasihi. Jika anda cenderung menumpukan perhatian pada tugas, mintalah Allah untuk membantu anda agar lebih fleksibel dan mengambil berat terhadap keperluan orang lain.


Sebagai orang Kristian, penggunaan masa kita dan kesejahteraan kita harus menunjukkan bahawa kita mempercayai Allah dan bukannya diri sendiri dari segi pengurusan masa. 





Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Divine Time Management

Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah "mengawal" hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan reh...

More

Kami berterima kasih kepada Elizabeth Grace Saunders kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.divinetimebook.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami