Info Pelan

Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel

Jesus: Our Banner of Victory

HARI 6 DARIPADA 7


Kemenangan Ke Atas Pencubaan


Kita tidak perlu diingatkan bahawa pencubaan adalah benar—belum pernah begitu banyak bahagian dunia ini tersedia hanya dengan menekan satu butang sahaja. Walau bagaimanapun, pernahkah kita berhenti untuk berfikir tentang cara khusus iblis mencuba kita? Kita perlu memahami bagaimana pencubaan berlaku, supaya kita boleh mempertahankan diri menentangnya dengan lebih baik.


Dalam Kejadian, iblis mencuba Hawa dengan mempersoalkan Firman Allah dan motif-Nya, dan respons Hawa membawa dosa dan kematian ke dalam dunia ini. Dalam 2 Samuel, Raja Daud memilih untuk tinggal di istananya pada waktu "raja-raja biasanya pergi berperang," mengutus orang lain untuk berperang di tempatnya. Jika Daud berada di tempat di mana Allah telah memanggilnya, dia tidak mungkin bersendirian di atas bumbung untuk melihat Batsyeba. Akibatnya, kita melihat kecurangan dan pembunuhan diperkenalkan dalam cerita Daud. Apabila Roh Allah memimpin Yesus ke padang gurun dalam Matius 4, iblis cuba mencuba Anak Allah dengan memetik ayat Alkitab.


Musuh sentiasa berusaha untuk membuat kita meragui Firman Allah, rancangan-Nya, dan hati-Nya untuk kita. Jika iblis boleh memerangkap kita dalam perbualan ini, ia merupakan cerun yang licin yang akan memperkenalkan huru-hara dan penderitaan ke dalam kehidupan kita. Namun, Yesus mengetahui rasanya dicubai untuk meragui Allah - sebenarnya, Dia telah melalui setiap jenis pencubaan yang kita alami - dan Dia telah menyediakan jalan bagi kita untuk menolaknya dan berjalan dalam kebebasan. Apabila Yesus membayar hutang dosa kita pada salib, Dia memutuskan kuasa musuh ke atas manusia. Oleh sebab pengorbanan-Nya, kita tidak lagi tertakluk pada kuasa iblis!


Memanglah penting untuk memerhatikan bahawa berjalan dalam kemenangan Yesus ke atas pencubaan memerlukan kesengajaan yang besar daripada kita. Kita perlu mengakui setiap hari bahawa musuh akan mencuba untuk merampas semula wilayah lamanya dalam hidup kita dan memberikan respons dengan sentiasa berwaspada, membina perlindungan untuk melindungi hidup bebas kita dalam Yesus, meminta bantuan Allah semasa menghadapi pencubaan, dan mengelilingi diri dengan sahabat yang saleh yang akan menganggap kita bertanggungjawab. Rasul Paulus berkata dalam Efesus 6 bahawa kita perlu memakai perlengkapan senjata Allah agar kita berupaya mempertahankan diri daripada muslihat iblis yang jahat.


Semasa kita meneruskan minggu Paskah ini, ingatkan diri anda bahawa Yesus telah menghapuskan kuasa musuh dalam hidup anda. Berdoalah menurut Efesus 6:10-18 dan pakailah perlengkapan senjata-Nya setiap hari. Bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan anda kekuatan untuk hidup dalam kebebasan daripada pencubaan, dan bertanya kepada-Nya sama ada terdapat mana-mana lingkungan di mana anda perlu lebih berwaspada. Dia akan membantu anda untuk mengenal pasti lingkungan di mana anda adalah lemah dan memberikan anda kuasa untuk mempertahankan diri daripada musuh. Dalam kemenangan Yesus, anda tidak akan dikalahkan!


Muat turun imej hari ini di sini


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Jesus: Our Banner of Victory

Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memi...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami