Info Pelan

Yesus: Panji Kemenangan KitaSampel

Jesus: Our Banner of Victory

HARI 4 DARIPADA 7


Kemenangan Ke Atas Ketakutan 


Dalam dunia kita hari ini, dihujani berita dan dikelilingi apa yang kelihatan seperti aliran laporan buruk yang tidak habis-habis, memanglah mudah ditenggelami ketakutan. Kita takut akan hal yang tidak diketahui, takut akan penderitaan dan kerugian, takut bahawa kita tidak mampu berjaya. Walau bagaimanapun, apabila Penyelamat kita yang tidak berdosa memikul salib untuk membayar dosa kita, Dia menunjukkan kasih yang sempurna kepada kita. Kuasa kasih itu mengalahkan semua kesan sampingan dosa dan kegelapan dalam dunia, termasuk ketakutan.


1 Yohanes 4:18 memberitahu kita "kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut." Melalui pertunjukan kasih-Nya yang terbesar pada salib, Yesus menuntut kemenangan ke atas ketakutan, dan Dia menjemput kita untuk berkongsi kemenangan itu. Dia mahu kita hidup dengan ketenangan minda, hati, dan roh. Namun, ia bergantung kepada kita untuk menerima dan berjalan dalam kuasa kemenangan kasih-Nya. Dalam Roma 8:38, rasul Paulus berkata dia yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita. Kita, juga, berpeluang memiliki keyakinan yang tidak goyah dalam kasih Allah untuk kita dan diam dalam kedamaian yang diberikan oleh kasih itu. Jika anda pernah mengalami waktu di mana anda meragui takat kasih Allah terhadap anda, anda hanya perlu memandang salib.


Apabila ketakutan mengetuk, anda perlu membuat pilihan: Biarkannya menguasai anda, atau mengingati tindakan kasih Yesus yang mencapai kemenangan dan memilih untuk mempercayai bahawa Dia telah memenangi pertarungan itu demi kedamaian anda. Apabila segala sesuatu nampaknya tidak kena dalam dunia anda, bertegaslah terhadap kebenaran bahawa ketakutan tidak berkuasa terhadap anda. Tuntutlah kedamaian-Nya, dan bergerak maju dalam keyakinan bahawa anda dibaluti sepenuhnya dalam kasih-Nya!


Muat turun imej hari ini di sini.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Jesus: Our Banner of Victory

Semasa meraikan hari Paskah, kita merayakan kemenangan terbesar dalam sejarah. Melalui kematian dan kebangkitan Yesus, Dia mengalahkan kuasa dosa dan kubur, dan semua kesan sampingannya, untuk selama-lamanya dan Dia memi...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami