Info Pelan

Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan KesangsianSampel

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

HARI 3 DARIPADA 10

Jika rumah ialah hidup iman, maka keraguan ialah jalan yang mesti dilalui untuk sampai ke rumah itu. Sudah tentu, ada cabaran atas jalan itu: kesulitan yang tidak diduga, kesepian, kebimbangan, ketakutan, persoalan. Perkataan soalan (question) berasal daripada perkataan Latin quaerere, dan daripada perkataan ini terbitlah perkataan pencarian (quest). Pencarian, seperti mana-mana pengembaraan, dipenuhi halangan. Setiap panggilan mengorbankan sesuatu. Gunung sukar didaki. Lembah sukar ditahan. Bagi kebanyakan orang, itulah rasanya pulang ke rumah. Orang lain yang saya kenali (dan berasa iri hati) mempunyai kehidupan yang lebih senang. Perjalanan pulang ke rumah ialah lebuh raya empat lorong; naiki kereta dan sampai sudah. Sesetengah orang, seperti saya, berada atas jalan yang berpemandangan indah.



Walau bagaimanapun, kita menuju ke rumah.



Walau bagaimanapun, kita tidak bersendirian. . . .



Kita keliru dan sepi, tergopoh-gapah membalik-balik timbunan mencari tujuan. Kita telah diberikan dua skrip. Satu mengatakan bahawa tiada makna. Semuanya cumalah kebetulan. Perkara berlaku. Anda jugalah suatu kebetulan sahaja.



Namun, Yesus memberikan kita satu lagi skrip. Dia berkata bahawa kehidupan ini mempunyai makna. Segala sesuatu tentang anda, nafas dalam peparu anda, jantung yang berdegup dalam tubuh anda, tangisan anda, ketakutan dan impian anda, adalah penting. Dia berjanji bahawa keadilan akan bertakhta, belas kasihan akan menang, perkara yang telah binasa akan dibina semula; dan Dia menjemput kita untuk menyertai-Nya dalam keadaan tersedia kita.



Sesetengah pihak berkata ini cumalah fantasi. Boleh jadi, mereka itu betul. Mungkin kita ialah orang yang gila dan menipu diri sendiri. Saya lebih suka hidup berharapan, mencari Allah yang indah, daripada mengalami kesakitan dan kekosongan dalam dunia yang tidak mempercayai Tuhan.



Saya percaya bahawa ada lebih banyak kepada kewujudan daripada sikap tidak ambil peduli yang tidak berbelas kasihan dan buta.



Saya mempercayai Allah yang telah mencipta kita, mengasihi kita, mengorbankan diri untuk kita, dan tidak henti-henti mengejar kita dengan penuh kasih sayang.



Saya mempercayai bahawa hidup ini mempunyai tujuan.



Saya percaya bahawa kematian tidak menang.



Saya mempercayai realiti muktamad dan. . . ia penuh dengan hidup, keindahan, warna, dan kedalaman.



Saya percaya bahawa keraguan ialah sebahagian daripada sifat manusia. Ia meregangkan kita, melukakan kita, tetapi—jika kita membenarkannya—ia memimpin kita kepada iman yang lebih dalam.



Saya percaya bahawa meskipun matahari sudah terbenam, ia akan terbit semula. Gerhana akan berlalu. Dunia mungkin kelihatan berbeza, tetapi demikian juga dengan kita. 



Dan saya mempercayai kita adalah lebih berharga daripada jirim.  


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan denga...

More

Kami berterima kasih kepada HarperCollins kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/2Pn4Z0a

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami