Info Pelan

Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan KesangsianSampel

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

HARI 2 DARIPADA 10

Bagaimana kalau saya tersilap?



Sesetengah pihak mentafsirkan soalan itu sebagai suatu serangan terhadap iman. Sungguhpun begitu, bagaimana kalau waktu ini ialah peluang iman yang terbaik? Barangkali kita perlu dicabar supaya pendapat dan kepercayaan kita boleh diselidiki dan diperbaharui. Barangkali tekanan yang kita rasa sebagai pengikut Yesus menanam kasih kurnia untuk orang yang bergelut untuk percaya, dan meluangkan tempat bagi pertumbuhan iman yang lebih bersemangat, bertenaga dan terhubung dari segi budaya. 



Dari segi sejarah, umat Allah menemui suara mereka dalam pembuangan. Lihatlah bahagian Alkitab yang ditulis. Demikianlah revolusi bermula. Identiti lahir dalam penderitaan penyisihan. Sesudah identiti ditemui, keunikan, kelainan, dan keindahan naratif balasnya menarik dunia yang tidak percaya balik.



Jika itu adalah benar, ia bermaksud kita tidak perlu cemas apabila dunia ini membuat kita rasa ragu-ragu. Tiada hal yang harus ditakuti. Tiada hal yang harus ditakuti semasa kita berhadapan dengan sebarang jenis keraguan, atau punca keraguan. Sama ada tekanan budaya, keadaan hidup yang tragis, pergolakan emosi, masalah peringkat permulaan pembentukan rohani, atau kebimbangan dalaman yang tersembunyi, apabila keraguan mengganggu perjalanan anda, anda perlu menghargai potensinya untuk menggerakkan anda ke depan dalam cara yang tidak pernah dilalui sebelumnya.



Keraguan bukanlah penutup cerita; ia ialah keadaan tegang dalam cerita itu. Keraguan ialah misteri yang tidak diduga; soalan tidak hilang-hilang yang tidak diselesaikan. Keraguan adalah apabila anda berasa sangat teruja, bertih jagung yang tidak dikunyah dalam mulut anda, mencakar tangan kawan, tidak dapat mengalihkan pandangan dari skrin walaupun anda berharap anda boleh berbuat demikian.



Keraguan menekan anda untuk menilai semula cerita hidup anda. Apakah nilai anda? Apakah yang betul-betul anda percayai? Apakah haluan yang ingin anda ambil? Seperti air di antara dua sungai, keraguan mewujudkan ruang untuk hasil yang berbeza. Anda boleh berenang ke arah Allah atau menjauhi Dia. Anda boleh menjangkau kepercayaan atau ketidakpercayaan. Pilihan terletak di tangan anda. Pada asasnya, keraguan bersifat neutral; tindakan andalah yang penting. 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan denga...

More

Kami berterima kasih kepada HarperCollins kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/2Pn4Z0a

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami