Info Pelan

TabiatSampel

Habits

HARI 6 DARIPADA 6

Kemenangan Kecil (Small Wins)



Seperti domino, membina dan berhenti daripada tabiat terdiri daripada banyak langkah harian yang dapat dilaksanakan yang tidak terkatakan, yang membawa kepada perubahan yang besar. Pastor Craig Groeschel mengungkapkannya dengan ringkas: "Disiplin kecil yang dilaksanakan secara tetap membawa kepada hasil yang besar dengan masa." Dengan kata lain, kemenangan kecil (small wins) adalah penting.  



Tabiat bukanlah matlamat hebat yang dicapai pada suatu hari—ia adalah langkah kecil yang diambil setiap hari. Sesetengah kemenangan kecil (small wins) yang paling penting yang boleh anda capai kerap digelar tabiat baji batu (keystone habits). Cara terpantas untuk memahami tabiat baji batu adalah mendapatkan maklumat tentang baji batu. Baji batu adalah istilah seni bina bagi batu berbentuk baji yang ditempatkan di bahagian atas dan tengah gerbang bata atau batu. Setiap batu pada gerbang itu menolak bebannya ke arah baji batu, dan bentuk segi tiga baji batu menyebabkan seluruh gerbang itu disokong. 



Jika anda mengalihkan baji batu, seluruh struktur itu akan roboh. Dalam biologi, spesies kunci (keystone species) adalah spesies yang menjadi pergantungan ekosistem. Demikian juga, tabiat baji batu memberikan sokongan dan momentum bagi tabiat lain dalam kehidupan anda. 



Kebanyakan buku tentang tabiat akan memberitahu anda tentang tabiat baji batu, dan pengarangnya harus, tetapi mungkin tidak memberitahu anda bahawa terdapat satu lagi batu yang lain. Yesus memanggil diri-Nya batu penjuru, iaitu batu yang digunakan untuk memberikan sokongan yang sama kepada pembinaan keseluruhan bangunan. Anda boleh mengamalkan semua tabiat baji batu yang betul dan masih runtuh jika ia tidak dibina atas dasar di mana Yesus adalah batu penjurunya. 



Berikut adalah senarai pendek tabiat baji batu untuk dipertimbangkan. Tabiat yang manakah boleh ditambahkan dalam kehidupan anda? Sudahkah anda menjadikan Yesus batu penjuru?




  1. Bangun cukup awal untuk memulakan hari anda dengan Yesus.

  2. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. 

  3. Makan sekurang-kurangnya satu hidangan bersama dengan keluarga atau kawan rapat anda setiap hari.

  4. Sertai kebaktian mingguan, dan melibatkan diri dalam pemberian dan pelayanan di gereja tempatan itu. 

  5. Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk sekurang-kurangnya 20 minit.

  6. Ucapkan beberapa kebenaran tentang diri anda setiap hari. 


Membina tabiat harian yang baik dan berhenti daripada tabiat yang buruk merupakan proses sehari-hari untuk sepanjang hayat anda. Berikut adalah alat berguna untuk anda semasa anda menjadikan Yesus batu penjuru anda. 



Identiti yang sihat (Healthy identity)



Meminta tolong (Ask for help)



Bersifat baik terhadap diri (Be kind to yourself)



Menyiasat dan membuat perubahan (Investigate and make changes)



Mempercayai proses Allah (Trust the God-process)



Kemenangan kecil (Small wins)



Dapatkan Panduan Membina Tabiat Harian yang Baik. 


Hari 5

Perihal Pelan

Habits

Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alk...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami