Info Pelan

TabiatSampel

Habits

HARI 2 DARIPADA 6

Meminta Tolong (Ask for Help)


Semalam kita berbincang tentang menemukan identiti yang sihat (healthy identity) dalam kebenaran Allah tentang anda. Huruf HABITS untuk hari ini mungkinlah perkataan yang paling penting, kerana ia adalah penting kepada semua huruf yang lain: meminta tolong (ask for help). 


Dalam kitab Ibrani—sepucuk surat yang dituliskan kepada orang Yahudi yang mengikuti Yesus—dicadangkan bahawa mengabaikan persekutuan dengan orang percaya yang lain bukan sahaja kekurangan tabiat yang baik, tetapi sebenarnya kehadiran tabiat yang buruk.  


Perkataan Yunani asal yang digunakan untuk "tabiat" dalam Ibrani 10:24-25 ialah éthos yang membayangkan sesuatu yang telah menjadi adat, yang mungkin ditetapkan oleh undang-undang atau tidak. Tabiat sentiasalah preskripsi untuk sesuatu. Tabiat yang baik, seperti menjadi sebahagian daripada komuniti orang percaya, adalah ubat yang baik. Tabiat yang buruk, seperti menyendiri semasa bergumul, adalah preskripsi untuk penderitaan dan kekecewaan tambahan. 


Contohnya, anda akan memerlukan huruf hari ini (meminta tolong; ask for help) untuk mencapai kemajuan dengan huruf semalam: identiti yang sihat (healthy identity). Kebanyakan daripada pergumulan identiti yang tersembunyi dan mendalam yang kita hadapi hanya timbul apabila kita berbual dengan orang yang dipercayai, kaunselor, pastor, pasangan, dan Allah yang dipercayai. 


Adakah anda membentuk tabiat menyendiri dari berkomuniti dengan orang lain? Tidak apa. Preskripsinya adalah mudah: meminta tolong (ask for help). Walau bagaimanapun, jangan meminta tolong sekali sahaja. Binalah kebiasaan berkumpul bersama-sama secara tetap untuk berkongsi secara terbuka dengan orang yang mengikuti Kristus. 


Tanyalah diri: Dengan siapakah saya akan bercakap tentang tabiat yang saya ingin bentuk dan hentikan? Apakah yang saya akan beritahu mereka? Bilakah saya akan bercakap dengan mereka?


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Habits

Perubahan tidaklah mudah, tetapi ia tidak juga mustahil. Memulakan beberapa tabiat kecil boleh mengubah cara anda memandang diri sendiri sekarang dan mengubah anda menjadi orang yang diharapkan pada masa depan. Pelan Alk...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami