Info Pelan

Bagaimana Menyimpan Seks untuk Perkahwinan?Sampel

How to Save Sex for Marriage?

HARI 3 DARIPADA 3

BEBERAPA ALASAN YANG BAIK UNTUK BERKATA "TUNGGU"


Jika anda meragui manfaat menyimpan seks untuk perkahwinan, benarkan kami untuk meringkaskan beberapa dapatan. Adakah anda sedar bahawa kajian baru-baru ini mendapati tahap kepuasan seksual yang tertinggi mempunyai kaitan dengan perkahwinan dan etika seksual tradisional? 



Iaitu, orang yang besar kemungkinan melaporkan bahawa mereka amat berpuas hati dengan kehidupan seks semasa mereka bukanlah orang bujang yang melompat daripada seorang kekasih ke kekasih yang lain, tetapi orang yang sudah berkahwin - pasangan yang mempercayai "dengan amat mendalam" bahawa seks di luar perkahwinan adalah salah. Sebenarnya, "tradisionalis" ditempatkan 31 peratus lebih tinggi dari segi tahap kepuasan seksual berbanding orang bujang yang tidak membantah seks di luar perkahwinan. Dapatan ini menyumbang kepada kumpulan kajian yang semakin bertambah yang menghubungkan kepuasan seksual dengan keharmonian perkahwinan, kesetiaan, dan ketetapan.



Kajian tersebut bukan sahaja mendapati seks adalah lebih baik dalam perkahwinan, malah adalah terbaik jika anda hanya mempunyai seorang pasangan seksual sepanjang hayat. 



"Kepuasan fizikal dan emosi mula berkurang apabila kita mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual," kata para penyelidik. Satu kajian yang dijalankan di University of South Carolina mendedahkan bahawa orang yang terlibat dalam seks pranikah lebih cenderung berlaku curang selepas berkahwin. David Larson, penyelidik kanan dengan 



National Institute of Health, dalam satu tinjauan semula 



tentang kajian yang ada merumuskan: "Pasangan yang tidak terlibat dalam seks sebelum berkahwin dan tetap setia setelah berkahwin lebih berpuas hati dengan kehidupan seks semasa mereka dan juga dengan perkahwinan mereka berbanding pasangan yang terlibat secara seksual sebelum berkahwin."



Adakah anda sedar bahawa kajian daripada Washington State University mendapati



perkahwinan "pasangan yang bersekedudukan mempunyai hubungan yang kurang sihat berbanding dengan perkahwinan pasangan suami isteri"? Penyelidik di UCLA menjelaskan bahawa "pasangan yang bersekedudukan mengalami lebih banyak kesukaran dalam perkahwinan [berikutnya] kerana kecurangan ... berbanding pasangan yang tidak pernah sekedudukan." Sebenarnya, perkahwinan yang didahului oleh sekedudukan adalah 50 peratus lebih cenderung putus daripada perkahwinan di mana pasangan itu tidak sekedudukan.



Kajian dengan jelasnya menunjukkan bahawa penghindaran bersetubuh membuat hati lebih berdebar. Walau bagaimanapun, lama sebelum kajian dan statistik menunjukkan sebab praktikal untuk menyimpan seks untuk perkahwinan, kebijaksanaan alkitabiah cuba menjauhkan kita daripada akibat emosi kerana berhubungan seks terlalu awal (lihat 1 Korintus 7:1-2; 1 Tesalonika 4:3-7; Ibrani 13:4; Matius 15:18-20; Efesus 5:3; dam 1 Korintus 6:9). 



Alkitab tidak berkata seks pranikah adalah salah hanya untuk menguji disiplin kendiri kita. Kita juga kerap memandang prinsip Allah sebagai senarai peraturan yang ditetapkan untuk menguji keazaman kita. Alkitab mengatakan bahawa persetubuhan pranikah adalah salah demi perlindungan kita, kerana seks terlalu awal pasti akan menyakiti kita. Tanyalah siapa-saja saja yang pernah memutuskan hubungan dengan orang yang pernah berseketiduran dengannya. Tiga alasan: Kajian, mandat Allah yang penyayang, dan kemungkinan kesengsaraan peribadi. Setiap satu daripadanya harus menjadi alasan yang cukup untuk berkata tunggu.



Adakah anda bimbang tentang penantian? Allah tidak bimbang. Dia sedar betapa sukarnya melawan godaan dan ingin memberikan anda jalan keluar. 



Ingat, Allah tidak menjangka anda untuk bersifat setia terhadap-Nya tanpa menjadi setia terlebih dahulu terhadap anda!



...Allah setia, kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya



1 Korintus 10:13, penegasan ditambahkan



Mintalah Allah anda yang setia untuk membantu anda bersifat setia dalam menyimpan diri untuk perkahwinan. Bukti menunjukkan bahawa pilihan terbaik-Nya adalah berbaloi. 

Hari 2

Perihal Pelan

How to Save Sex for Marriage?

Setiap kali seseorang menanya kami jika kami percaya akan seks pranikah, kami memberikan respons "ya dan tidak." Pada mulanya, jawapannya adalah mengelirukan, tetapi memberikan kami peluang untuk mengemukakan hujah yang ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Les Parrott kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.SYMBIS.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami