Info Pelan

Bagaimana Menyimpan Seks untuk Perkahwinan?Sampel

How to Save Sex for Marriage?

HARI 1 DARIPADA 3

Adakah Seks Pranikah Sesuatu yang Tidak Baik? 


Hubungan seks adalah "tindakan yang menyatukan kehidupan," sebagaimana yang dinyatakan oleh kawan kami, Lewis Smedes. Itulah sebabnya mengapa seks di luar perkahwinan adalah "seks terlalu awal." Perbuatan ini melanggar tujuan seks yang telah diniatkan. Menurut Smedes, perbuatan ini adalah salah kerana orang yang belum berkahwin dengan itu melibatkan diri dalam tindakan yang menyatukan kehidupan tanpa niat untuk menyatukan kehidupan.... Persetubuhan menandatangani dan memeterai—dan berkemungkinan melahirkan—penyatuan hidup; dan penyatuan hidup memaksudkan perkahwinan."



Alkitab dengan jelasnya menyatakan bahawa seks diniatkan untuk perkahwinan dan perkahwinan adalah demi seks. Yesus memetik daripada Kejadian (1:27, 2:24), apabila Dia bertanya: "Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang 'lelaki dan perempuan,' dan berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu?’" (Matius 19:4-5). Penulis Alkitab menggunakan kesucian seksual dan kesetiaan antara pasangan sebagai gambaran hubungan kita dengan Allah (lihat Kidung Agung dan Hosea, serta Yehezkiel bab 16). 



Jadi, jika anda ingin menyimpan hubungan seks untuk perkahwinan, soalan $100 adalah bagaimana? Bagaimanakah anda menahan diri daripada seks tanpa mematikan keseksualan anda? 



Diandaikan, ini tidaklah mudah, malah sungguh sukar—tetapi memang mungkin. Kami mengenali banyak pasangan yang gembira yang telah menyimpan seks untuk perkahwinan. Jika anda tertanya-tanya, kami juga menahan diri daripada seks pranikah. Sepanjang tujuh tahun berpacaran, kami memang pernah mengalami waktu yang ghairah dan banyak situasi yang menggoda, tetapi kami berpegang pada keputusan kami untuk tunggu. Mengenangkan seluruh hubungan kami, itu tetaplah satu keputusan kami yang terbaik. Kami mempunyai banyak masa untuk berkembang melalui peringkat keintiman yang biasa sementara komitmen kekal kami terhadap satu sama lain bertumbuh.



Rahsia menyimpan seks untuk perkahwinan ditemui dalam satu perkataan: batasan. Pasangan yang menahan diri daripada seks tanpa mematikan keseksualan mereka perlu belajar satu set batasan khusus dan mematuhinya. Mereka perlu membuat pilihan yang disengajakan, diniatkan, dan sedar tentang setakat mana mereka akan bermesra.  


Hari 2

Perihal Pelan

How to Save Sex for Marriage?

Setiap kali seseorang menanya kami jika kami percaya akan seks pranikah, kami memberikan respons "ya dan tidak." Pada mulanya, jawapannya adalah mengelirukan, tetapi memberikan kami peluang untuk mengemukakan hujah yang ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Les Parrott kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.SYMBIS.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami