Info Pelan

Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan BaikSampel

Holy Hustle: Embrace A Work-Hard, Rest-Well Life

HARI 2 DARIPADA 10

Saya datang daripada keluarga yang kebanyakan wanitanya bekerja, dan dengan melakukan pekerjaan yang saya suka, saya berdoa agar anak perempuan saya akan belajar mengejar impiannya, bekerja keras, dan mentaati Allah, walau ke mana pun Dia memanggilnya. Saya berdoa agar dia akan belajar daripada saya bahawa kesibukan kudus bermaksud menerima kerja yang telah diberikan kepada kita, tetapi menemukan nilai kita dalam Dia yang telah mencipta kita untuk melaksanakannya. Kerja kita bernilai dan apa yang kita lakukan untuk melayani Allah, jiran kita, dan keluarga kita adalah penting—tetapi ia bukanlah apa yang mendefinisikan kita. 


Alkitab banyak berbicara tentang nilai kerja:


Paulus menulis kepada orang Efesus dengan peringatan bahawa Allah telah menyediakan perbuatan baik untuk anak-anak-Nya dan bahawa kita telah dicipta untuk melakukannya (Efesus 2:10).


Dalam surat Paulus yang lain, dia mendorong orang Korintus untuk teguh dan kukuh, rajin bekerja, menyedari bahawa semua yang dilakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia (1 Korintus 15:58).


Wanita dalam Amsal 31 senang bekerja dengan tangannya; membeli dan menjual tanah dari hasil tangannya; membuat; menanam; mengurus (Amsal 31:10-31).


Debora bekerja sebagai seorang hakim dan boleh dikatakan seorang komander tentera (Hakim-hakim 4-5).


Pertimbangkan fikiran anda, yang baik dan yang jahat, tentang kerja anda. Apakah yang dikatakan monolog dalaman anda tentang tugas yang dilaksanakan setiap hari? Adakah anda rasa kerja anda itu bernilai, ataupun adakah anda rasa ia "tidak hebat" berbanding kerja, tanggungjawab, dan peranan orang lain? Adakah anda rasa anda membuang masa anda merenung komputer sementara keluarga anda memerlukan anda, atau adakah anda risau tentang terlepas masa bersama dengan keluarga anda? Adakah anda, secara umum, rasa baik, teruk, bersalah, atau tidak hirau tentang kerja anda?


Kerja yang kita lakukan bernilai apabila kita melakukannya demi kemuliaan Allah dan dengan hati yang bersukacita. Apabila Dia memanggil kita untuk bekerja, walau di mana pun dan walau apa pun kerja itu, ia adalah kerana kerja itu adalah sebahagian daripada rancangan-Nya untuk kita, sebahagian daripada cara Dia mencipta kita untuk melayani-Nya dan mengasihi sesama manusia.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Holy Hustle: Embrace A Work-Hard, Rest-Well Life

Keseimbangan. Itulah yang kita inginkan dalam kehidupan kita apabila mendengar laungan "berusaha lebih kuat!" di telinga kanan, dan bisikan "berehat lama" di telinga kiri. Bagaimana jika rancangan Allah untuk kita bukan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crystal Stine dan Harvest House Publishers kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.harvesthousepublishers.com/books/holy-hustle-9780736972963

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami