Info Pelan

Kesibukan Kudus: Mengamalkan Kehidupan yang Bekerja Keras dan Berehat dengan BaikSampel

Holy Hustle: Embrace A Work-Hard, Rest-Well Life

HARI 6 DARIPADA 10

Jika anda pernah menonton wayang, Monsters, Inc., anda faham maksud saya apabila saya berkata perjalanan saya berasa seperti babak klimaks wayang itu. Mike, Sulley, dan Boo bersenggayut pada tali sawat penyampai yang dipenuhi ribuan pintu. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh buka mana-mana pintu dengan begitu saja. Melalui pintu yang salah mungkin bermaksud menempuh ribut salji atau kepanasan gurun. Membuka pintu yang betul akan membawa mereka pulang ke rumah. Maka, mereka berpaut kuat-kuat, melawan musuh yang cuba mengalih perhatian dan memusnahkan mereka, sehingga mereka sampai ke pintu yang mereka sedar memaksudkan keselamatan dan keamanan.


Internet memberikan kita keupayaan untuk melihat pintu-pintu yang dibuka oleh Allah kepada orang lain di seluruh dunia, dan kita lupa akan pintu yang Allah ingin kita lalui secara beriman. Tidak setiap pintu dimaksudkan untuk kita. Tidak setiap pintu membawa kita pulang.


Saya menghabiskan lebih daripada 10 tahun dalam mod pegangan kuat ikhtiar hidup—saya menamatkan pengajian kolej, mendapat pekerjaan yang mencukupkan perbelanjaan, berkahwin, berfungsi di bawah versi kesibukan definisi dunia yang bertekanan tinggi, dipecat, tergesa-gesa mencari perkara seterusnya, memulakan perniagaan sendiri, mengatakan ya terhadap jawatan pelayanan yang penuh perasaan dan menakjubkan dan sendirian, meletakkan jawatan, dan tergesa-gesa lagi untuk memulakan perniagaan bekerja bebas untuk menyokong keluarga saya.


Saya menghabiskan masa yang banyak mengelak daripada dihempas pintu sehinggakan saya kehilangan keupayaan untuk melihat pintu terbuka yang ditempatkan oleh Allah di hadapan saya.


Apabila saya mula belajar cara melepaskan tali sawat penyampai pilihan yang gila dan berundur daripada kerja kuat, Allah menunjukkan satu idea kepada saya yang mengubah segala sesuatu. Saya mencari-cari pintu yang memanfaatkan saya, yang menggunakan kemahiran saya dengan sebaik-baiknya, pintu menarik yang akan membawa kepada "lebih besar dan lebih baik." 


Semasa musim kerja keras yang mementingkan diri tersebut, saya bekerja untuk diri sendiri, tetapi Allah setia bekerja dalam saya. Pelajaran yang kita pelajari, kemahiran yang diperoleh, orang yang ditemui, dan pertumbuhan yang dialami boleh menjadi berkat. Allah telah memberikan kita kehendak bebas untuk memilih pintu yang dilalui tanpa berasa risau bahawa kita akan berada di luar kehendak Allah di sebalik pintu itu. Kita mungkin tidak memiliki pekerjaan yang sempurna, atau melakukan pekerjaan yang dirasakan sejajar dengan panggilan kita, tetapi Allah akan menemui kita di sana.  


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Holy Hustle: Embrace A Work-Hard, Rest-Well Life

Keseimbangan. Itulah yang kita inginkan dalam kehidupan kita apabila mendengar laungan "berusaha lebih kuat!" di telinga kanan, dan bisikan "berehat lama" di telinga kiri. Bagaimana jika rancangan Allah untuk kita bukan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crystal Stine dan Harvest House Publishers kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.harvesthousepublishers.com/books/holy-hustle-9780736972963

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami