Info Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!Sampel

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

HARI 7 DARIPADA 8

“Dia Membina Perwatakan Untuk Membantu Anda Berkembang”




Perwatakan yang baik bukanlah sesuatu yang kita terima dengan penyelamatan, tetapi dipelajari dan dikembangkan dengan berlalunya masa. Membantu kita membina watak seperti Kristus adalah salah satu tujuan utama Tuhan. Roh Kudus menolong kita menjadi lebih seperti Yesus dengan membina dan mengembangkan watak-Nya dalam diri kita. Alkitab menyebutnya sebagai Buah Roh.




“Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Tuhan: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.” Galatia 5:22-23




Dalam keadaan mencabar, kadang kala kita berusaha mengatasi kesukaran dengan kekuatan kita sendiri. Dengan cara itu, kita mungkin tergoda untuk berkompromi dari segi watak Kristian kita untuk mengatasi kesulitan kita, atau "mengambil jalan pintas." Tetapi ketika kita meminta kuasa Roh Kudus, Dia menolong kita mencari penyelesaian dengan penuh integriti, kebenaran dan kejujuran, walau apa pun keadaannya.




Semasa menghadapi kejayaan, standard Alkitab yang sama harus dipatuhi. Kebanggaan dan kesombongan swadiri bertentangan dengan watak Kristian yang ingin dikembangkan oleh Tuhan dalam kehidupan kita. Sebenarnya, sifat berserah adalah syarat bagi setiap orang Kristian untuk terus menerima kenaikan pangkat daripada Tuhan.




"Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah." Matius 5:5




Ketika kita menghadapi cabaran dan kejayaan kita dengan watak seperti Kristus, kita mula berkembang dalam perjalanan kita bersama Tuhan. Bahkan kita mula menyedari bahawa hidup menurut Buah Roh bertindak demi kebaikan kita dan kemuliaan-Nya. Semakin kita berkembang bersama Tuhan, semakin banyak berkat besar yang diberikan oleh Tuhan dalam kehidupan kita!



Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami