Info Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!Sampel

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

HARI 1 DARIPADA 8

"Anda Tidak Keseorangan”




Kehidupan sering dikatakan merangkumi beberapa waktu yang baik dan yang teruk, waktu bersuka-ria dan juga cabaran serta keraguan. Kehidupan bukan seperti memanjat ke puncak sahaja malah adalah perjalanan yang bergunung-ganang dan berlembah. Semua orang yang beriman atau tidak beriman akan menghadapi turun naik kehidupan.




Sebagai orang Kristian, kita memiliki janji daripada Tuhan bahawa kita tidak perlu menjalani kehidupan yang sukar secara keseorangan. Ini adalah firman-Nya yang memberikan kita semangat:




“Kamu harus yakin dan berani. Jangan takut akan bangsa-bangsa itu. Tuhan kamu akan menyertai kamu. Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan kamu ataupun meninggalkan kamu .” Ulangan 31:6 




Sebenarnya kita perlukan Tuhan pada waktu senang dan susah. Dengan mengetahui bahawa Tuhan menyertai kita, kita dapat melayan setiap cabaran dalam kehidupan sebagai batu lonjakan ke arah kejayaan dan bukannya tersandung lalu menghadapi kekecewaan.




Tiada gunung yang terlalu tinggi atau lembah yang terlalu dalam di mana Tuhan tidak dapat menemui kita. Walau apa pun keadaan kita, Tuhan setia, dan Dia selalu menyertai kita!

Hari 2

Perihal Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami