Info Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!Sampel

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

HARI 2 DARIPADA 8

"Tuhan telah Datang kepada Anda!”




Janji kehidupan abadi adalah bukti Tuhan telah datang kepada kita dan bukannya bukti umat manusia yang berusaha mencari Tuhan di sesuatu tempat yang tidak diketahui.




Sejak dahulu kala, Tuhan telah menyayangi kita dengan kasih sayang tanpa syarat dan abadi. Niat asal Dia adalah untuk menjalin hubungan yang erat dan bertenaga dengan kita. Walau bagaimanapun, apabila Adam dan Hawa mengingkari perintah Tuhan Syurgawi, dosa mereka telah mewujudkan satu halangan di antara kita dan Tuhan. Kita terpisah daripada-Nya untuk selama-lamanya.




Daripada membiarkan kita terus terpisah daripada-Nya, Tuhan telah menetapkan rancangan yang sempurna untuk pemulihan – yang didorong oleh kasih-Nya. Matlamat rancangan-Nya adalah untuk memulihkan sepenuhnya aspek-aspek paling intim hubungan-Nya dengan manusia seperti sebelum Adam dan Hawa berdosa.




2,000 tahun dahulu, Tuhan telah mengutuskan Anak-Nya untuk merobohkan halangan yang terbentuk kerana dosa dan membuka pintu penyelamatan untuk semua orang.




"Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Tuhan mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya." Yohanes 3:16-17




Melalui kematian dan kebangkitan-Nya, Yesus mengorbankan diri-Nya untuk dosa yang kita lakukan dan merobohkan halangan di antara kita dan Tuhan. Pengampunan ini diberi kepada mereka yang mempercayai-Nya sebagai Penyelamat.




Tetapi ini hanyalah permulaannya. Sebelum Yesus menghabiskan riwayat-Nya di dunia ini dan pulang kepada Bapa-Nya di Syurga, Dia telah menerangkan satu lagi unsur penting rancangan Tuhan untuk memulihkan sepenuhnya hubungan dengan manusia kepada para pengikut-Nya:




"Di dalam rumah Bapa-Ku (Syurga) terdapat banyak tempat kediaman; dan Aku akan pergi menyediakan tempat untuk kamu. Aku tidak akan berkata demikian kepada kamu, sekiranya hal itu tidak begitu. Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal." Yohanes 14:2-3




Tuhan bukan sahaja mengutuskan Yesus untuk menghapuskan halangan dosa, tetapi suatu hari nanti, Yesus akan kembali untuk membawa semua orang yang beriman pulang ke “rumah” untuk bersama dengan Dia selama-lamanya.



Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami