Info Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!Sampel

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

HARI 6 DARIPADA 8

“Dia Memperkuatkan Anda untuk Kehidupan Berkemenangan”




Tanpa alat yang sesuai untuk sesuatu kerja, tugas yang paling mudah pun boleh menjadi sangat susah. Contohnya, membuka skru mudah dengan pemutar skru elektrik, tetapi lebih meletihkan dan sukar tanpanya.




Salah satu keutamaan Tuhan adalah menyediakan kita dengan peralatan yang sesuai dalam hidup. Sama ada kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang besar, keinginan melepaskan tabiat buruk, atau iman dan kepercayaan yang lebih daripada biasa untuk menghadapi situasi yang mustahil dengan yakin, Tuhan setia melengkapkan diri kita dengan apa jua yang kita perlukan untuk menjalani kehidupan yang dirahmati dan diberkati.




“Orang muda pun menjadi letih dan lesu, anak muda pun jatuh kerana keletihan; tetapi orang yang berharap kepada Tuhan akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung helang yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya; mereka akan berlari dan tidak lelah, mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.” Yesaya 40:30-31




Meletakkan harapan kita pada-Nya membolehkan kita untuk mencapai peti peralatan tanpa batas untuk melengkapkan diri kita untuk menghadapi apa-apa sahaja. Apabila kita diberikan kuasa dari atas, kita hidup dalam kemenangan!



Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami