Info Pelan

The Quest (Pencarian)Sampel

The Quest

HARI 2 DARIPADA 7

Allah sudah mengetahui hati anda. Dia boleh membaca fikiran anda. Setelah anda menghabiskan kajian ini, anda boleh menyiat-nyiat jurnal anda jika anda mahu atau membakarnya, tetapi antara sekarang dan waktu itu, hanyalah anda yang sebenarnya bersama-sama Tuan alam semesta yang sebenar. Terdapat sesuatu yang anda inginkan lebih daripada jawapan. Anda inginkan wahyu. Anda dicipta untuknya. Demikian juga saya.



Mengapakah Allah menanya manusia soalan sedangkan Dia sudah mengetahui jawapannya? Barangkali satu hari nanti Dia akan memberikan banyak penjelasan, tetapi Alkitab berulang kali mendacangkan ini: Allah, pencipta, Penebus, dan Raja kita, inginkan interaksi dengan ciptaan yang dihargai-Nya meskipun dalam kelemahan dan keraguan dan kegagalan kita. Bukan interaksi sahaja. Dia inginkan penglibatan. Bukan penglibatan sahaja. Dia inginkan keintiman.



Dengan anda. Bukan siapa yang anda ingin jadi atau siapa yang anda tunjukkan kepada orang lain. Anda.



Baca Kejadian 1:26-2:17 dan 3:1-9, memerhatikan—barangkali menandakan—setiap ayat yang mengandungi kata-kata yang diucapkan terus oleh Allah kepada Adam. Apakah soalan yang diajukan oleh Allah dalam Kejadian 3:9?



Sekarang, tukar tempat dengan Adam dan biarlah soalan ilahi itu diajukan kepada anda. Di manakah engkau? Anda perlu ke suatu tempat, tetapi jalan yang tepat ke destinasi anda bermula dengan lokasi semasa anda. Dalam sebuah jurnal, tulis terus kepada Allah, menggambarkan keadaan hidup anda pada masa ini. Jika anda berada di tempat yang agak baik, ceritakan kepada-Nya. Tuliskan secara khusus sebagaimana anda akan ceritakan kepada orang yang betul-betul mengambil berat dan akan bersukacita bersama dengan anda. Sebaliknya, anda mungkin berada di tempat yang membosankan atau tempat yang penting, menyakitkan, atau sepi.



Gambarkan keadaan anda dengan kebebasan bersuara kepada Allah. Besar kemungkinan, anda berada di tempat yang mempunyai lebih nuansa daripada yang dapat digambarkan oleh satu adjektif. Beritahu Dia segala kerumitannya.



Sebenarnya, anda mungkin ingin menanya Allah soalan yang sama: "Tuhan, di manakah Engkau? Di manakah Engkau akhir-akhir ini?" atau "Di manakah Engkau semasa …?" Barangkali anda mengetahui jawapannya dari segi alkitabiah dan teologi. Kepala anda mengetahui janji-janji Alkitab bahawa Dia tidak sekali-kali akan mengecewakan anda ataupun meninggalkan anda, tetapi pada waktu ini hati anda rasa seperti Dia tidak dapat ditemui. Anda boleh menanya Dia di manakah Dia atau, jika ia berkaitan dengan musim lampau, di manakah Dia pada masa itu. 



Akhiri penulisan jurnal anda hari ini dengan Mazmur 139:7-10, sama ada menggunakan kata-kata pemazmur yang tepat atau menuliskan perasaannya dengan kata-kata sendiri. 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Quest

Dalam pelan bacaan 7 hari ini, Beth Moore menggunakan soalan daripada Alkitab untuk memimpin anda kepada keintiman dengan yang Satu yang mengenali anda dengan baik sekali. Tanda baca yang melengkung pada hujung ayat memb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Beth Moore dan LifeWay Women kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.lifeway.com/thequest

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami