Info Pelan

Enam Hari dengan Nama AllahSampel

Six Days Of The Names Of God

HARI 2 DARIPADA 6

HARI 2: ELOHE CHASEDDI – ALLAH DENGAN KASIH SETIA-NYA


Kehidupan tidak selalu menjaminkan peluang kedua. Ada kalanya keputusan kita yang tidak bijak—kata-kata kesat kepada seorang kawan, kesilapan di tempat kerja, pilihan hidup yang tidak sihat—merugikan kita. Kita kehilangan persahabatan. Kita dipecat daripada pekerjaan kita. Kesihatan kita terjejas. Meskipun kita berubah fikiran, tiada jaminan bahawa segala sesuatu akan menjadi baik.


Kasih setia Allah memberikan kita peluang kedua demi peluang kedua. Elohe Chaseddi—Allah dengan kasih setia-Nya—menghujani kita dengan pengampunan dan merendamkan kita dalam kasih. Dia sentiasa benar. Selalu pengasih. Sentiasa berbelas kasihan. Jika kita mengasihi-Nya dan memohon pengampunan-Nya, Dia akan memberikannya. Selalu.


Disebabkan Dia ialah Allah dengan kasih setia-Nya, kita boleh hidup tanpa rasa takut. Kita sentiasa mempunyai akses kepada ketenangan fikiran dan hati yang diberikan-Nya dengan rela dan berlimpah-limpah. Dia berjanji untuk sentiasa menyertai kita dan memelihara kita melalui setiap situasi yang menyusahkan dan setiap musim yang sukar. Walaupun kita membuat kesilapan, Dia selalu rela menawarkan pengampunan kepada hati yang bertaubat.


Daripada membimbangkan semalam, Allah mahu kita untuk menumpukan perhatian pada hari ini. Bagaimanakah kita boleh melayani-Nya hari ini? Apakah rancangan yang Dia ingin kita capai hari ini? Bagaimanakah kita boleh berkongsi-Nya dengan orang lain pada hari ini? Itulah keindahan kasih setia—peluang kedua, memandang ke hadapan, dengan menumpukan perhatian pada masa depan yang telah disediakan oleh-Nya untuk kita.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Six Days Of The Names Of God

Daripada nama Allah yang banyak, Dia telah mendedahkan aspek ciri-Nya dan sifat-Nya. Melewati Bapa, Anak, dan Roh Kudus, Alkitab menunjukkan lebih daripada 80 nama yang berbeza untuk Allah. Enam nama dan maksudnya dibinc...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative dan Tony Evans kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami