Info Pelan

Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan AndaSampel

One Word That Will Change Your Life

HARI 2 DARIPADA 4

Hanya Satu Perkataan

 

Sedia
Adalah sukar untuk memudahkan kehidupan. Menyempitkan fokus kelihatan mustahil. Sepanjang tahun ini, anda mungkin telah ditanya beratus-ratus kali, “Apa khabar?” Respons anda mungkin seperti, “Saya AMAT sibuk!” anda tidak pernah mendengar orang lain membalas, “Saya amat lapang dan sedang mencari sesuatu yang baru untuk diusahakan.” Orang sedemikian tidak wujud.

Anda mempunyai banyak tanggungjawab, dan jadual anda adalah padat. Anda berasa seolah-olah anda sedang memecut dalam kehidupan ini. Itulah sebabnya kita perlu bersikap sengaja tentang menjelaskan dan memudahkan kehidupan. Kami telah berkongsi dengan ramai orang tentang disiplin mudah mengembangkan satu perkataan sahaja sebagai tema untuk tahun akan datang. Kami memutuskan untuk berhenti menyenaraikan azam dan mula mengerjakan Satu Perkataan. Walaupun Alkitab tidak mempunyai frasa "tema Satu Perkataan," adalah menarik untuk memerhatikan bahawa frasa "satu perkara" muncul lima kali dalam Alkitab: sekali dalam Filipi dan empat kali dalam Injil-injil.

Dalam Filipi 3:13-14, Paulus menggunakan frasa "satu perkara" untuk membawa fokus dan kejelasan kepada panggilannya. Dalam Lukas 10:42, Yesus mengatakan kepada Marta, "hanya satu yang mustahak." Lukas 18:22 dan Markus 10:21 mencatatkan kata-kata-Nya kepada seorang lelaki kaya dan menyatakan kekurangan "satu perkara" Yohanes 9:25 juga termasuk frasa ini apabila orang buta itu mengatakan kepada orang Farisi, "Tetapi satu perkara saya tahu; dahulu saya buta, sekarang saya dapat melihat." Dalam cara yang sama di mana Alkitab menggunakan perkataan-perkataan ini, kita juga boleh menggunakannya dengan meminta Allah untuk mendedahkan tema Satu Perkataan buat kita untuk tahun ini.

Apabila kami mula-mula menjalankan proses ini, separuh daripada keseronokannya adalah pemilihan perkataan untuk tahun itu, tetapi kami telah mempelajari bahawa perkataan itu tidak semestinya dipilih oleh kami, sebaliknya Allah telah mendedahkannya kepada kami. Allah boleh mengurapi jiwa anda dengan satu perkataan khusus. Dalam tahun-tahun awal kami, kami mengakui bahawa sebahagian besar daripada perkataan itu adalah pilihan kami dan hanya sedikit penerimaan perkataan daripada Allah. Meskipun demikian, Allah masih menggunakannya! Walau bagaimanapun, apabila kami menjadi lebih berpengalaman dalam proses itu, kami belajar untuk betul-betul mendengar dan menantikan pimpinan Allah dalam pemilihan perkataan. Dengan mendengar suara Allah, anda akan menemukan perkataan Allah, bukannya perkataan yang baik sahaja.

Nikmatilah proses itu dan ingat: Hanya Satu Perkataan. Bukan satu frasa. Tidak juga dua patah perkataan. Sempitkan fokus demi perubahan kehidupan. Hanya Satu Perkataan!

Mula
1. Mengapakah sukar untuk memudahkan kehidupan? Mengapakah kehidupan ini begitu rumit?
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita cuba menarik hati orang lain dengan lebih banyak berbanding kurang?
3. Apakah yang dikatakan Allah kepada anda pada masa ini tentang tema Satu Perkataan anda untuk tahun ini? Luangkan masa yang serius untuk berdoa dan meminta agar Allah berbicara kepada anda.

Latihan

Ibrani 12:1-2, Yohanes 9:25, Filipi 3:13-14

Lebih Masa
"Bapa di syurga, saya meminta Satu Perkataan sahaja. Saya inginkan satu perkataan daripada-Mu. Nyatakanlah diri-Mu kepada saya. Saya bersedia untuk menerima perkataan yang dimaksudkan untuk saya. Dalam nama Yesus, amin."

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

One Word That Will Change Your Life

ONE WORD membantu anda memudahkan kehidupan anda dengan memfokus pada SATU PERKATAAN sahaja sepanjang tahun ini. Kesederhanaan menemui satu perkataan Allah buat anda menjadikannya suatu mangkin untuk perubahan hidup. Kes...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jon Gordon, Dan Britton, dan Jimmy Page kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.getoneword.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami