Info Pelan

Mengatasi Keinginan untuk Membunuh Diri dan Mencederakan Diri SendiriSampel

Overcoming Thoughts of Suicide and Self-Harm

HARI 3 DARIPADA 6

Anda Dihargai

Pernahkah anda rasa anda tidak berguna? Seolah-olah anda ialah barang-barang yang rosak? 


Alkitab sangat jelas tentang betapa bernilainya anda di mata Allah. Walau apa pun yang anda beritahu diri sendiri pada waktu yang paling teruk, kebenarannya adalah Allah telah mencipta anda sebagai karya agung-Nya yang sempurna.


Di mata Allah, anda telah dicipta dengan baik dan luar biasa. Dia telah merangkaikan anda dengan teliti di dalam rahim ibu anda, dan Dia telah mencipta anda menurut gambaran-Nya. Dia mengasihi anda seperti anak-Nya sendiri, malah mengetahui bilangan rambut di kepala anda!


Yesus memberitahu kita bahawa tidak seekor pun burung jatuh ke tanah tanpa persetujuan dan jagaan Allah. Jika Dia begitu mengambil berat tentang burung, dapatkah anda bayangkan betapa banyaknya Dia mengetahui tentang anda dan mengambil berat tentang anda, ciptaan agung-Nya yang sempurna? Anda dihargai!


Luangkan masa sekarang untuk mengucapkan doa ini kepada Allah: Allah, terima kasih kerana mencipta saya dalam gambaran-Mu. Tolonglah saya untuk sentiasa mengingati bahawa saya telah dicipta dengan baik dan luar biasa dan bahawa saya amat dihargai di mata-Mu. Apabila saya mula berfikir bahawa saya tidak berguna atau membazirkan ruang sahaja, ingatkan saya tentang kebenarannya—bahawa saya ialah ciptaan-Mu yang sempurna. Saya berdoa dalam nama Yesus. Amin.


Bertindaklah Sekarang


Bercakaplah dengan seseorang yang bersedia untuk mendengar 24/7: panggil 03-76272929 (Befrienders), 03-42657995 (Life Line Association Malaysia) atau 03-27806803 (Malaysian Mental Health Association)


Lebih banyak sumber pencegahan bunuh diri tersedia di life.church/findhope


Sertai kami di Church Online dan klik butang Live Prayer untuk berbual dan berdoa bersama seseorang yang mengambil berat, atau memohon untuk didoakan oleh Life.Church di sini.


Bagi golongan yang menetap di luar Amerika Syarikat, dapatkan sumber di kawasan anda di sini.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Overcoming Thoughts of Suicide and Self-Harm

Jika anda berasa putus asa, ataupun anda mencederakan diri sendiri ataupun berfikir tentang membunuh diri, anda perlu tahu ada Allah yang mengasihi anda, mempunyai tujuan untuk anda, dan menyertai anda sekarang ini. Pela...

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami