Info Pelan

Berpacaran pada Zaman ModenSampel

Dating In The Modern Age

HARI 1 DARIPADA 7

 


Yang Dahulu Didahulukan


Adakah anda ingin menjadi orang yang baik hati dan penyayang terhadap orang lain? Adakah anda ingin menjadi orang yang menunjukkan kasih terhadap orang lain sebagaimana Allah mengasihi anda? Adakah anda ingin menjadi sumber kehidupan bagi keluarga anda, kawan anda, orang yang sedang berpacaran dengan anda—dan orang yang bakal berkahwin dengan anda? Maka, anda perlu menjadi sumber kehidupan. Demikianlah cara yang sepatutnya. Kasih yang diterima menjadi kasih yang dikembangkan. Ini adalah kesan dikasihi dahulu oleh Allah (lihat 1 Yohanes 4:19). Apabila anda memiliki sumber kehidupan, anda boleh menjadi sumber kehidupan.


Dalam Yohanes 4, Yesus menjelaskan cara setiap seorang daripada kita mempunyai keinginan yang mendalam dalam jiwa kita untuk dikasihi. Yesus bercakap kepada seorang perempuan dekat sebuah perigi, dan Dia berkata kepadanya, "Kamu sudah berkahwin lima kali, dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu" (ayat 18 BM). Dia juga berkata, "Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu" (ayat 10 BM). Yesus memaksudkan, "Kamu mencari kepuasan bagi kehausan jiwa kamu yang mendalam dalam dakapan lelaki—dan kamu tidak dapat menemuinya. Kamu salah mendiagnosis keperluan kamu." Yesus mengatakan bahawa satu-satunya kepuasan bagi keinginan jiwanya ditemui dalam Allah, sumber kehidupan, dan bukannya dalam mana-mana hubungan manusia.


Apabila anda menggunakan hubungan berpacaran untuk mengesahkan diri, itu hanya mengikis kehidupan pasangan anda hingga kering. Demikianlah hubungan toksik terbentuk. Inilah sebabnya mengapa banyak perkara menjadi tidak kena. Apabila anda membawa keperluan bersaiz Allah kepada manusia lain, mereka tidak mungkin memenuhi keperluan tersebut. Anda juga tidak dapat memberikan kasih yang tidak bersyarat pada waktu mereka bergumul, kerana merekalah yang mewakili sumber anda. Walau bagaimanapun, apabila Allah ialah sumber anda, memanglah paling biasa untuk membiarkan kasih-Nya mengalir melalui anda dan kepada orang yang berpacaran dengan anda. Apabila anda menyedari bahawa anda betul-betul dikasihi, memanglah mudah untuk mengasihi orang lain. Apabila anda memiliki sumber kasih yang tidak akan kering, anda boleh menjadi sumber kasih kepada orang lain.


Jika anda berada dalam Kristus, anda mengetahui bahawa anda disayang oleh Dia yang paling indah dan berkuasa. Dia mengetahui nama anda. Dia melihat anda. Dia memberikan anda segala sesuatu untuk menjadikan anda milik-Nya. Dia tidak mungkin berputus asa terhadap anda. Jadi, sebelum anda mula berpacaran—dan sebelum anda memilih untuk mengahwini teman anda—anda perlu bertemu dengan Pencipta anda dan menjalin hubungan dengan-Nya. Apabila perjalanan anda dengan Kristus adalah stabil, barulah anda memiliki semua sumber untuk memberkati orang yang berpacaran dengan anda.


Respons


Mengapakah penting untuk memiliki Allah sebagai sumber kehidupan anda supaya anda boleh menjadi sumber kehidupan bagi orang lain? Apakah yang berlaku apabila anda menterbalikkan urutan itu?


Bagaimanakah hubungan anda dengan Allah memberikan kesan terhadap hubungan anda dengan orang yang berpacaran dengan anda? Bagiamanakah hubungan anda dengan Allah memberikan kesan terhadap cara anda memandang diri sendiri?


Apakah yang anda perlu lakukan hari ini untuk bertumbuh dalam hubungan anda dengan Allah? Apakah langkah-langkah yang praktis yang anda akan amalkan untuk menjayakan ini?


Hari 2

Perihal Pelan

Dating In The Modern Age

Berpacaran . . . adakah perkataan itu menyebabkan kerisauan atau harpaan dalam hati anda? Segala kesalinghubungan teknologi nampaknya merumitkan, mengelirukan dan mengecewakan lagi hal berpacaran. Dalam bacaan pelan 7 ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ben Stuart kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thatrelationshipbook.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami