Info Pelan

Jangan Bimbangkan Apa PunSampel

Anxious for Nothing

HARI 1 DARIPADA 5




Bersukacitalah dalam Tuhan Sentiasa




Kebimbangan merupakan pancuran meteor bagaimana kalau. Bagaimana kalau saya tidak mencapai persetujuan dalam urus niaga itu? Bagaimana kalau kami tidak mampu membayar pendakap gigi anak? Bagaimana kalau kedudukan gigi anak saya tidak teratur? Bagaimana kalau kedudukan gigi yang tidak teratur itu menghalang anak saya daripada berkawan . . . kerjaya . . . pasangan hidup? Kebimbangan bermakna menjalani hidup dalam nada minor dengan kekhuatiran yang besar.


Adakah hati anda dibebani kerisauan? Adakah anda memerlukan ketenangan? Jika ya, bukan anda seorang sahaja. Mengalahkan kebimbangan dan kekhuatiran memerlukan usaha anda, tetapi bukanlah kehendak Allah agar anda menjalankan hidup dengan kebimbangan yang berterusan. Allah mengasihi anak-anak-Nya. Dia menyelia dunia anda. Dia mengawasi hidup anda.




Dalam Filipi 4:4, Paulus memberikan sesuatu yang dianggap "preskripsi" untuk kebimbangan dan kekhuatiran. Menariknya, preskripsi ini bermula dengan panggilan "bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa." Paulus menggunakan setiap alat dalam kotak dalam ayat ini untuk menarik perhatian pembacanya. Pertama, Paulus menggunakan kata kerja supaya mereka akan mendengar, "bersukacita secara berterusan, menjadi kebiasaan!" Sekiranya kata kerja itu tidak mencukupi, Paulus menyingkirkan tarikh luput: "Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa.” Jika tidak mencukupi lagi, Paulus mengulang perintah itu: “Kukatakan lagi: Bersukacitalah!”




Walau bagaimanapun, bagaimanakah anda mentaati perintah ini? Dengan mengakui kedaulatan Allah. Orang yang paling tertekan ialah kaki kawal. Semakin mereka cuba mengawal dunia ini, semakin mereka menyedari bahawa mereka tidak dapat berbuat demikian. Hidup menjadi kitaran kebimbangan, kegagalan; kebimbangan, kegagalan; kebimbangan, kegagalan. Namun, apabila anda mengakui bahawa takhta syurga tidak kosong, anda membenarkan Tuhan untuk berkuasa. Kemudian Allah akan menenangkan ketakutan anda, bukan dengan menghapuskan masalah itu, tetapi dengan mendedahkan kuasa-Nya yang amat besar dan kehadiran-Nya. Kebimbangan anda berkurang apabila pemahaman anda akan Allah, Bapa anda, bertambah.




Lain kali anda berasa takut akan masa depan, bersukacitalah dalam kedaulatan Tuhan. Bersukacitalah dalam apa yang telah dilakukan oleh-Nya. Bersukacitalah kerana Dia berupaya melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh anda. Penuhi fikiran anda dengan fikiran tentang Dia. Semasa orang lain melihat masalah dunia dan menggenggam tangan dengan erat-erat, lihatlah masalah dan bertelut. Berfikirlah tentang raja anda secara sengaja. Jangan dikuasai masalah anda. Beranikan diri untuk mempercayai bahawa perkara yang baik akan berlaku. Teliti hal yang memelihara kepercayaan anda, dan pastikan kepercayaan anda dalam Allah berdasarkan kepercayaan bahawa Dia berkuasa.




Sedari jugalah bahawa Allah telah membebaskan anda daripada rasa bersalah dan kancah kesesalan yang mungkin membuat anda bimbang. Rasa bersalah yang tidak diselesaikan boleh membuat anda bersembunyi, melarikan diri, menafi dan berpura-pura. Rasa bersalah menyusutkan hidup daripada jiwa anda. Namun, kasih kurnia memulihkan hidup itu dan membenarkan anda untuk mempercayai pengampunan Allah. Akibatnya, keupayaan bersukacita tidak dihalang, dan wujudnya keyakinan dalam kedaulatan Allah.




Tangan Bapa anda terbuka, oleh itu, letaklah diri anda sepenuhnya dalam penjagaan-Nya. Semasa anda berbuat demikian, anda akan mendapati mungkin—ya, mungkin!—untuk tidak bimbangkan apa pun.




Respons



Bagaimanakah bersukacita itu satu pilihan? Apakah rupa bersukacita dalam Tuhan kepada anda?




Bagaimanakah anda menggambarkan keyakinan anda dalam kuasa Allah ke atas kehidupan anda? Apakah beberapa cara anda melihat kedaulatan Allah bekerja dalam hidup anda?




Bagaimanakah menghabiskan masa dalam kehadiran Allah setiap hari menolong anda bersukacita dalam Tuhan sentiasa?


Hari 2

Perihal Pelan

Anxious for Nothing

Pengarang laris Max Lucado menerokai rancangan rawatan Allah bagi kebimbangan yang terkandung dalam Filipi 4:4-8. Semasa anda mengikuti preskripsi ini – meraikan kebaikan Allah, meminta pertolongan-Nya, menyerahkan kekhu...

More

Kami berterima kasih kepada Max Lucado, HarperCollins, dan Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thomasnelson.com/9780310087311/anxious-for-nothing-study-guide/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami