Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel

7 Things The Bible Says About Marriage

HARI 1 DARIPADA 7

19 tahun yang lalu, semasa saya menemui isteri saya buat pertama kalinya, saya tidak berfikir, “Wau! Perempuan ini takut kepada Tuhan.” Tidak, saya tertarik kepada rambut perangnya dan senyumannya yang berjangkit. Dia terlalu sempurna untuk saya. Sekarang juga.

Apabila saya muncul di depan pintunya untuk janji temu pertama dengan orang yang tidak dikenali, saya adalah seorang nerda kurus kering yang tergamam di hadapan perempuan paling jelita yang pernah saya temui. Entah apa sebabnya, dia jatuh cinta pada saya. Beberapa tahun kemudian, ada kalanya saya masih tergamam—tidak selalunya kerana rambut perangnya, tetapi sering kali kerana api di dalamnya.

Kecantikannya tidak pudar, tetapi saya mendapati diri saya semakin tertarik kepada sifat tak ketaranya—seperti kasihnya terhadap Allah, sifat tidak mementingkan dirinya, dan kemurahan hatinya. Saya rasa itulah yang dimaksudkan Salomo apabila dia mengatakan,“Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal.” Saya rasa saya tidak mungkin memandang Shelley saya dan tidak berfikir bahawa dia adalah menarik dari segi fizikal. Namun, masa telah membantu saya menghargai kedalaman keindahan sebenar yang tersembunyi di sebalik bentuk fizikalnya.

Saya melihat tiga orang anak perempuan kami dan melihat kecantikan ibu mereka. Lebih penting lagi, saya boleh melihat sifat salih dan manis yang sama dibentuk dalam mereka, yang membuat saya terus jatuh cinta pada ibu mereka hari demi hari. Itulah yang membuat saya paling bangga sebagai seorang suami dan bapa. Isteri saya merupakan kurnia yang menakjubkan dan pasangan hidup yang amat berharga, dan saya tahu bahawa Allah sedang menyediakan anak-anak saya untuk masa depan di mana nilai mereka akan diukur lebih berdasarkan pekerti halus mereka daripada bayang mereka.

Walau di mana pun anda dalam perjalanan anda, tidaklah terlalu lewat untuk mengubah perkara yang dipandang penting oleh anda. Allah melihat melewati rupa luaran kita dan melihat jauh ke dalam hati kita. Anda tidak boleh bersembunyi di sebalik topeng atau mendapatkan perkenanan-Nya dengan memikat-Nya.

Jadi, ya. Isteri saya masihlah terlalu sempurna untuk saya. Dia jauh lebih cantik daripada saya. Walau bagaimanapun, dia adalah lebih daripada itu. Dia mengajar saya dan keluarga kami tentang keindahan sebenar. Dia mengajar saya kepentingan menjaga keadaan hati saya. Itulah sifat patut dipuji yang saya sedang asah.

Apakah yang sedang anda lakukan untuk memupuk sesuatu yang betul-betul indah dalam hati anda?

Michael Martin
Pembangun Web YouVersion

Hari 2

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Marriage

Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan y...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami