Info Pelan

Mengasihi dan Terus MengasihiSampel

Love and Keep Loving

HARI 1 DARIPADA 3

Ketika Susah untuk Mengasihi

Kasih merupakan salah satu topik yang paling biasa dalam teks, buku, lagu, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada kita ialah pakar memandangkan kasih ialah konsep yang amat biasa. Walau bagaimanapun, kasih jugalah salah satu topik yang paling kerap dibincangkan dan dituliskan kerana kasih merupakan salah satu konsep yang menimbulkan paling banyak konflik, keraguan dan cerita yang menggembirakan serta menyakitkan.


Secara peribadi, saya sentiasa dianggap sebagai orang yang mudah mengasihi. Namun, ada kalanya kasih menjadi cabaran yang paling besar.


Kasih merupakan satu sebab hubungan dijalin; kekurangan kasih ialah sebab biasa untuk kerenggangan hubungan. Bagaimanakah itu berlaku?


Jawapannya ialah kasih melibatkan pemberian. Dalam firman Allah, kita menemui salah satu ayat yang terkenal: "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal." Yohanes 3:16


Apabila Allah mengasihi dunia, Dia MEMBERIKAN Anak-Nya yang tunggal. Secara semula jadi, kita cenderung berfikir tentang kesejahteraan, keselesaan, dan manfaat kita. Tumpuan kita menjadi pendekatan yang berupa kaji diri (terarah terhadap diri sendiri), dan kita lupa akan intipati kasih.


Kasih MEMBERI, menandakan bahawa tumpuan kita diberikan terhadap orang lain. Kasih memberi walau apa pun keadaannya; kasih memberi walau apa pun konfliknya, dan kasih tidak terputus meskipun terluka.


Allah tidak perlu memberikan Anak-Nya, tetapi Dia mahu menunjukkan kasih-Nya terhadap kita secara nyata. Sebagai ciptaan-Nya, kita tidak melakukan apa-apa yang patut menerima kasih-Nya; Dia mengasihi. Dia bukan sahaja mengasihi kita sesudah kita mencapai tahap kematangan tertentu untuk menerimanya. Dia memberikan Anak-Nya yang TUNGGAL untuk menunjukkan kasih-Nya yang besar terhadap kita.


Apabila dicabar untuk mengasihi orang yang telah menyakiti saya, saya terkenang bahawa Allah memimpin saya untuk berdoa untuk mereka itu semasa kita berdoa untuk orang yang dikasihi. Saya berdoa untuk mereka, untuk keluarga mereka, untuk kerja mereka, untuk kewangan mereka, untuk kesejahteraan mereka, untuk kesihatan emosi dan rohani mereka. Perspektif saya terhadap mereka berubah sepenuhnya kerana Allah membenarkan saya untuk melihat bahawa tidaklah penting sama ada mereka patut menerima kasih atau tidak, tetapi kita semua memerlukan kasih. Malangnya, di tengah-tengah kesakitan, kita enggan memberi atau menerima kasih. Setiap orang, termasuk orang yang telah menyakiti kita, adalah lemah dan memerlukan seseorang untuk mengasihi mereka.


Kita sentiasa dipanggil untuk memberi, mengasihi, tanpa menjangkakan orang yang telah menyakiti kita untuk berubah, tetapi dengan kepastian bahawa kasih kita akan memberikan kesan terhadap hidup mereka.


Hari ini, saya ingin mencabar anda untuk menghabiskan 3 minit untuk berdoa untuk orang yang pernah menyakiti anda dan berdoalah untuk mereka sebagaimana anda berdoa untuk orang yang mudah dikasihi. Mintalah Allah untuk memenuhi keperluan mereka, berseru agar mereka menerima mukjizat, dan berserulah agar mereka melihat Yesus secara nyata dalam hidup mereka. Saya pasti selepas anda mengakhiri doa ini, anda akan melihat mereka secara berbeza; anda akan memahami bahawa kasih telah menjadi nyata dalam hati anda, dan anda akan diubah untuk mengubah orang di sekeliling anda.


Hari 2

Perihal Pelan

Love and Keep Loving

Meraikan kasih melewati tarikh tertentu; meraikan kasih merupakan hidup yang sentiasa mengingatkan orang lain bahawa kasih Allah datang untuk menyembuh, memulih, dan memberikan kita hidup yang mengkhabarkan kebaikan-Nya....

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ginny Rivera kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.instagram.com/willnginny/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami