Info Pelan

Berpasangan dengan Orang yang Tidak BerimanSampel

Unequally Yoked

HARI 1 DARIPADA 4




Apakah Peranan Anda?


Kandungan Renungan:


Berkahwin dengan seseorang yang bukan orang Kristian tidaklah senang, tetapi … Berkahwin dengan seseorang yang menentang agama Kristian adalah amat susah, tetapi … Tetapi ini: Pada suatu ketika dalam hidup anda, anda berdiri bersama dengan pasangan anda di hadapan Allah dan mengikat janji perkahwinan sepanjang hayat. Fasal pelepasan perkahwinan anda sedikit saja dan sempit. Jadi, adakah anda ditakdirkan untuk hubungan yang tidak seimbang dari segi rohani antara satu sama lain sepanjang hayat ini? Marilah berhenti sejenak sebelum menjawab soalan ini.



Kebanyakan pasangan yang mempunyai iman yang berbeza tergolong dalam salah satu daripada kategori berikut:



1. Kedua-duanya bukan orang percaya sebelum berkahwin, tetapi sekarang salah seorang telah percaya dan seorang lagi tidak percaya.



2. Seorang yang percaya mengahwini orang yang tidak percaya dengan harapan bahawa ia akan berubah.



3. Seorang yang percaya mengahwini orang yang difikirkan ialah orang percaya tetapi mendapati selepas berkahwin bahawa pasangannya bukanlah orang Kristian dan tidak terbuka kepada agama Kristian.



Marilah kita melihat peranan anda sebagai orang Kristian dalam setiap kategori tersebut:



1. Tidak menjadi sesuatu yang ganjil jika Allah membawa seorang daripada anda untuk percaya dahulu. Anda mungkinlah sebab pasangan anda menjadi terbuka kepada hubungan dengan Yesus. Peranan anda ialah berharap pada Allah dan berdoa untuk pasangan anda.



2. Ini ialah situasi yang susah tetapi anda memang sedar akan hal ini semasa anda berkahwin. Memanglah mudah untuk hilang sabar dan menekan pasangan anda, tetapi berdasarkan pengalaman saya, tekanan tidak berhasil. Sebaliknya, jadilah teladan hidup Yesus. Saya tahu anda tidaklah sempurna, tetapi ikutlah Dia setiap hari. Berikan Allah masa untuk meyakinkan pasangan anda. Ia mungkin memakan masa yang panjang, tetapi peranan anda ialah menjadi saksi yang hidup dan untuk berdoa tanpa henti-henti.



3. Ini mungkinlah rumit, terutamanya jika anda rasa tertipu. Di samping berpasangan dengan orang yang tidak beriman, kini anda mengalami masalah mempercayainya. Peranan pertama anda ialah memaafkan pasangan anda meskipun ia tidak berubah. Pemaafan membuka hati anda kepada pimpinan Tuhan. Kemudian, jadilah teladan semasa anda menjalankan setiap hari, dan berdoa tanpa henti-henti untuk pasangan anda.






Kembali kepada soalan kita: Adakah anda ditakdirkan untuk hubungan yang tidak seimbang dari segi rohani antara satu sama lain sepanjang hayat ini? Jawapannya mungkin ya, tetapi bagaimana anda membenarkan Allah untuk bekerja dalam diri anda dan respons anda terhadap Allah akan mengubah hidup anda kepada pelayanan terhadap Tuhan. Mengubah hati pasangan hati anda ialah tugas Allah. Tugas anda ialah mengasihi pasangan anda, menjadi pasangan yang dimaksudkan oleh Allah, dan hidup taat kepada Dia dan Firman-Nya.






Cabaran Hari Ini:



Mula berdoa setiap hari agar hati pasangan anda dilembutkan untuk mesej Kristus.






Menyelaminya:



Apakah rupa menjalankan hidup yang taat terhadap Tuhan? Ini bermakna bahawa setiap hari anda melakukan apa yang diingini-Nya walau apa pun yang dilakukan oleh pasangan anda. Luangkan masa untuk berdoa semasa anda mempertimbangkan langkah ini.






Sumber: 



Gunakan masa yang biasa untuk tujuan salih dalam perkahwinan anda dengan House Prayer Cards kami. 



Doa ialah perkara TERBAIK yang anda boleh lakukan untuk perkahwinan anda. Allah ialah satu-satunya yang boleh mengubah hati dan memperbaik perkahwinan anda pada akhirnya, jadi menjemput Dia untuk melakukan semua itu ialah perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk perkahwinan anda.



Dokumen dengan 9 muka surat ini mempunyai 14 kad berbeza untuk dipotong dan ditempatkan di rumah anda. Semasa anda melakukan kerja rumah dan menjalankan kehidupan seharian di tempat yang mempunyai kad itu, anda boleh menggunakan masa yang biasa itu untuk berdoa untuk rumah anda dan perkahwinan anda. Kad ringkas ini boleh menjadi peringatan yang menggalakkan bagi anda untuk berdoa dan menjemput Allah untuk melakukan hal yang luar biasa dalam perkahwinan anda! Dapatkan House Prayer Cards daripada Awesome Marriage di sini.


Hari 2

Perihal Pelan

Unequally Yoked

Bagaimanakah saya hidup dengan pasangan yang tidak mempercayai Allah? Soalan itu tidaklah luar biasa dalam dunia sekarang ini, dan pasangan yang menghadapi situasi ini berhadapan dengan banyak masalah. Tanpa dasar iman y...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kim Kimberling dan Awesome Marriage kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://awesomemarriage.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami