Info Pelan

Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya SemulaSampel

Giving It All Away…And Getting It All Back Again

HARI 7 DARIPADA 9

Seni Pemindahan Generasi

Perkataan "ekonomi" banyak digunakan dalam media sehinggakan saya tertanya-tanya jika kita mengetahui maksud sebenarnya. Pada awalnya perkataan ini merujuk kepada keadaan negara kita dari segi monetari. Walau bagaimanapun, itu cumalah satu cara untuk melihat ekonomi. Bagi saya, satu cara yang lebih berguna untuk memahami ekonomi ialah "pengurusan sumber yang teliti." Ini melibatkan keperluan pengawas–orang yang menguruskan sumber secara teliti.


Dalam kitab Pengkhutbah, Perjanjian Lama, bab terakhirnya menggambarkan perkara yang dikenali sebagai perempuan Pengkhutbah 31. Jika anda membaca bab ini, anda akan mendapati perempuan yang digambarkan itu ialah seorang ahli ekonomi yang terbaik di dunia.


Perempuan tersebut ialah pengurus yang teliti akan semua sumbernya: intelektual, sosial, kewangan, rohani, juga estetik. Kerajinannya berkaitan dengan keghairahan rohaninya terhadap Allah. Ia memuliakan dan menghormati Allah, dan hidupnya menyatakan ini melalui pengurusannya yang cemerlang. Kita boleh belajar daripada perempuan yang menakjubkan ini tentang cara mendalami pengurusan yang teliti terhadap semua perkara yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.


Aplikasi: Merujuk kepada contoh perempuan Pengkhutbah 31, apakah yang anda lakukan dengan baik? Dalam lingkungan manakah masih ada ruang untuk membaikinya?


Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Giving It All Away…And Getting It All Back Again

Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan le...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada David Green dan Zondervan kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.givingitallawaybook.com

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami