Info Pelan

Natal PaskahSampel

An Easter Nativity

HARI 3 DARIPADA 3

Saya ada di sana.
Saya menyaksikan semuanya.
Malaikat memberitahu saya bahawa saya akan melahirkan Anak Allah,
pandangan Yusuf semasa ia fikir saya telah mengkhianatinya
dan semasa ia menceritakan mimpinya.
Perjalanan yang tidak berhujung ke Betlehem untuk banci,
dan perjalanan ke Yerusalem untuk mengunjungi rumah ibadat dan melawat kawan di kota itu.


Saya melihat Dia mengambil langkah pertama dan melihat Dia jatuh,
Yusuf dan saya mengajar-Nya membaca dan selepas itu Dia selalu berada di rumah ibadat atau mengikuti Rabbi untuk mengajukan soalan dan mendengar cerita mereka.


Walau bagaimanapun, hari ini adalah berbeza,
setiap langkah
dan setiap kejatuhan
amat menyeksakan.
Anak saya hampir tidak dapat dicam, mereka telah menyeksa-Nya tanpa belas kasihan.
Saya tidak tahu bagaimana saya memiliki kekuatan untuk berdiri di kaki salib,
tapi Yohanes ada di sisi saya dan anak lelaki saya, Dia memandang saya dan meminta saya dan Yohanes untuk saling menjaga satu sama lain. Memanglah susah untuk menggambarkan kasih di mata-Nya tetapi kasih itu memenuhi hati saya yang remuk dengan harapan.


Saya ingat akan hadiah mur yang diberikan oleh pelawat kepada kami, saya ingat akan janji malaikat dan kata-kata anak saya, berulang kali, agar jangan takut. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas hari ini, selepas hari yang dahsyat ini, tetapi saya tahu ada lebih banyak lagi, masih ada harapan, meskipun Dia mati secara kejam, semua ini bermakna dan boleh menyelamatkan semua orang. O Tuhan, kasihanilah kita.


Berdoalah bersama dengan saya, sertai saya dengan kata-kata ini: Kemuliaan kepada Bapa, Anak dan Roh Kudus, seperti pada permulaan, sekarang, selalu dan sepanjang segala abad. Amin.


Asalnya monolog ini digunakan sebagai sebahagian daripada liturgi Good Friday Walk of Witness, gunakan ini dan ayat Alkitab yang mengilhaminya untuk merenungkan dua peristiwa asas ini.


Letakkan diri anda pada situasi Maria yang menyaksikan semua ini, merenungkan pengalamannya tentang hari ini dan kebangkitan yang akan datang.


Hari 2

Perihal Pelan

An Easter Nativity

Renungan tentang peristiwa Jumaat Agung diceritakan oleh watak cerita kelahiran Yesus. Suatu penerokaan imaginatif tentang keajaiban kelahiran Yesus dan pengorbanan penyaliban.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Catholic Bible School kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.catholic-bible-school.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami