Info Pelan

Alkitab Untuk Anak-AnakSampel

Alkitab Untuk Anak-Anak

HARI 3 DARIPADA 8




Nuh adalah seorang yang mengasihi dan memuji Tuhan, dan satu-satunya orang yang baik. Semua orang lain membenci dan tidak mahu mentaati Tuhan. Satu hari, Tuhan berfirman tentang sesuatu yang sangat mengejutkan. “Aku akan membinasakan dunia yang jahat ini,” Tuhan berfirman kepada Nabi Nuh. “Hanya anda dan keluarga anda yang akan selamat.”

Tuhan memberi amaran kepada Nuh bahawa banjir akan datang dan menutupi bumi. “Buatlah bagimu sebuah bahtera yang cukup besar untuk keluarga dan banyak binatang,” Noah diperintah. Tuhan memberikan perintah yang jelas bagi Nuh. Nuh menjadi sangat sibuk!

Orang lain mungkin mengejek Nuh ketika dia menjelaskan mengapa ia membuat sebuah bahtera. Namun, dia tetap membina bahtera itu. Dia juga tetap menceritakan tentang Tuhan kepada orang-orang di sekitarnya. Tetapi tidak ada seorang pun yang mendengar katanya.

Nuh mempunyai iman yang besar. Dia percayai Tuhan walaupun hujan tidak pernah turun sebelumnya. Dengan segera bahtera itu siap untuk dipenuhi dengan binatang.

Sekarang binatang–binatang itu datang secara berpasangan dan masuk ke dalam bahtera itu. Tuhan membawa tujuh pasang daripada setiap jenis burung dan binatang yang halal, sepasang daripada setiap jenis yang tidak halal. Burung yang besar dan kecil. Binatang-binatang buas yang kurus dan tinggi berjalan menuju ke bahtera.

Mungkin orang-orang berteriak menghina Nabi Nuh saat dia mengisi bahtera dengan binatang-binatang. Mereka tidak berhenti berbuat dosa melawan Tuhan. Mereka tidak meminta untuk ikut masuk ke dalam bahtera.

Akhirnya, semua binatang dan burung- burung telah masuk. “Masuklah ke dalam bahtera itu,” Tuhan menjemput Nabi Nuh. “Engkau dan seisi rumahmu.” Nuh, isterinya, tiga orang anak dan isteri-isteri mereka masuk ke dalam bahtera. Kemudian Tuhan menutup pintu!

Hujan pun turun. Satu hujan lebat meliputi bumi empat puluh hari empat puluh malam.

Banjir meliputi bandar-bandar dan desa-desa. Saat hujan berhenti, gunung-gunung yang tinggi juga dliputi air. Segala sesuatu yang bernafas mati.

Ketika air terus naik, bahtera itu terapung-apung di atas permukaan air. Mungkin gelap di dalamnya, mungkin bergelombang, dan mungkin menakutkan. Tetapi bahtera ini melindungi Nuh dari banjir ini.

Setelah lima bulan banjir, Tuhan menghantar angin kering. Perlahan- lahan, air pun surut dan bahtera itu terdampar di sebuah gunung tinggi bernama Ararat. Nuh masih tinggal di dalam bahtera selama empat puluh hari lagi sampai air surut sama sekali.

Nuh menghantar seekor burung gagak dan merpati keluar dari tingkap bahtera. Kerana tidak dapat mencari tanah yang kering bagi tumpuan kakinya, burung merpati itu kembali kepada Nabi Nuh.

Satu minggu kemudian, Nuh cuba lagi. Merpati itu kembali dengan setangkai daun zaitun di paruhnya. Minggu berikutnya Nuh tahu bahawa bumi sudah kering sebab merpati itu tidak kembali.

Tuhan berkata kepada Nabi Nuh inilah masanya untuk meninggalkan bahtera. Nuh dan keluarganya pun melepaskan binatang-binatang itu.

Betapa senangnya perasaan Nuh pada saat itu. Dia membina sebuah mazbah dan memuji Tuhan yang sudah menyelamatkan dia dan keluarganya dari banjir yang dahsyat itu.

Tuhan memberikan satu janji yang luarbiasa kepada Nuh. Tidak akan pernah lagi Tuhan menghantar banjir untuk menghakimi dosa manusia. Tuhan memberikan satu peringatan untuk janjiNya. Pelangi itu menandakan janji Tuhan.

Nuh dan keluarganya mencari permulaan baru sesudah banjir. Pada waktu itu, keturunannya akan memenuhi seluruh bumi. Semua bangsa di dunia ini berasal dari keturunan Nuh dan anak-anaknya.

TAMAT

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Alkitab Untuk Anak-Anak

Bagaimana semuanya bermula? Di mana kita datang? Mengapa ada kesengsaraan sedemikian di dunia? Adakah ada harapan? Adakah kehidupan selepas kematian? Cari jawapan semasa anda membaca sejarah sejati dunia ini.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bible for Children, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bibleforchildren.org/languages/malay/stories.php

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami