Info Pelan

Mengampunkan Orang Yang Melukakan KitaSampel

Forgiving Those Who Wound Us

HARI 1 DARIPADA 7

Keindahan Pengampunan

Pengampunan alkitabiah menangani kecederaan diri secara langsung dan khusus, walau betapa dalamnya kecederaan itu atau betapa lama dulu kecederaan itu berlaku. Semasa menangani kesalahan lampau, memanglah penting untuk melabel dosa tersebut dengan tepat. Dengan berbuat demikian, kita mengenal pasti dan mengakui masalah yang sebenar. Dalam Alkitab, istilah "mengakui" bermaksud "mempersetujui" isu itu. Apabila kita mengakui dosa dengan tepat, kita bersetuju dengan Allah tentang sifat sebenar masalah itu antara kita dan orang lain.


Yakub memberikan anak lelakinya nasihat yang amat bijak; ia memberitahu mereka apa yang harus diucapkan: "Ampunilah segala kesalahan dan dosa para saudaramu yang pernah berbuat jahat terhadapmu." Istilah "kesalahan" juga boleh diterjemahkan sebagai "kejahatan." Semasa membuat pengakuan, kita cenderung tidak mengheboh-hebohkan dosa kita atau dosa orang lain. Kelakuan saudara Yusuf terhadapnya tidak kurang daripada kejahatan. Yusuf mengetahui kedalaman kehinaan mereka secara langsung. Itulah beban yang dipikul oleh saudaranya sepanjang masa itu, beban yang membuat mereka takut akan Yusuf—dan memang sewajarnya! Mereka bersalah kerana kejahatan terhadap orang yang kini menjadi hakim mereka. Namun, apabila mereka mengakui kejahatan mereka, adakah Yusuf memberikan respons yang membalas kejahatan mereka dengan lebih banyak kejahatan? Tidak! Yusuf menangis! Ia melihat bahawa tujuan Allah juga bekerja melalui kelakuan jahat saudaranya. Maka, ia berupaya mengampunkan dan menghiburkan saudaranya, dan didamaikan dengan mereka.


1 Yohanes 1:9 menyatakan, "Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah." Lihatlah keindahan pengampunan! Pengampunan boleh menjangkau kesalahan yang paling jahat yang berlaku lama dulu, termasuk membebaskan orang daripada beban yang dipikul sejak zaman kanak-kanak.


Hari 2

Perihal Pelan

Forgiving Those Who Wound Us

Sama ada kita mengalami luka emosi atau fizikal, pengampunan ialah batu sudut kehidupan Kristian. Yesus Kristus mengalami pelbagai layanan yang tidak adil dan tidak patut, termasuk kematian salah. Walau bagaimanapun, pad...

More

Kami berterima kasih kepada Joni and Friends, International dan Tyndale House Publishers, pencipta Beyond Suffering Bible, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.beyondsufferingbible.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami