Info Pelan

Musuh HatiSampel

Enemies Of The Heart

HARI 1 DARIPADA 5

Andy Stanley: Musuh Hati


Renungan Hari 1


"Gunung Berapi yang Meluap-luap"


Bacaan Alkitab: Matius 15:1-20


Kecenderungan kita adalah mengawasi kelakuan kita sementara tidak mengendahkan hati kita. Walau bagaimanapun, bagaimanakah anda mengawasi hati anda? Saya tidak mungkin menyeleweng jauh dari segi kelakuan tanpa menarik perhatian orang lain. Namun, hati saya? Itu agak rumit.


Yesus mengatakan sesuatu yang masih memberikan implikasi yang besar hari ini: "Tetapi apa yang keluar dari mulut, berasal dari hati," dan kemudiannya, "Dari hatilah timbul fikiran jahat."


Hati adalah sesuatu yang penuh misteri. Sebenarnya, seorang nabi telah menanya tentang hati, "Siapakah yang dapat memahaminya?" (Yeremia 17:9). Soalan yang baik. Implikasinya adalah tiada orang yang dapat memahaminya. Saya bersetuju. Meskipun kita mula memahaminya, kita pasti tidak dapat mengawalnya—oleh sebab itulah kita perlu belajar mengawasinya. Seperti aktiviti seismos gunung berapi pendam, perkara yang tidak diketahui boleh mengapa-apakan anda.


Tiba-tiba seseorang mendaftarkan tuntutan cerai.


Tiba-tiba pencapaian akademik anak merosot dan sikapnya berubah.


Tiba-tiba kegiatan masa lapang yang tidak berbahaya menjadi tabiat yang membinasakan.


Entah dari mana kata-kata yang kesat menembusi jiwa orang yang dikasihi yang tidak menaruh syak wasangka.


Kita pernah melihatnya, merasanya, juga menyebabkannya. Seperti yang diramalkan oleh Yesus, apa yang berasal secara rahsia dalam hati kita tidak selalu kekal sebagai rahsia. Akhirnya, ia akan menemui rumah, pejabat, dan kawasan kejiranan anda.


Hati meresap ke dalam setiap perbualan. Ia memerintah setiap hubungan. Kehidupan kita datang dari hati. Kita hidup, mengasuh, memimpin, berhubungan, bercinta, bersemuka, bereaksi, memberikan respons, mengarah, mengurus, menyelesaikan masalah, dan menaruh rindu dari hati. Hati kita mempengaruhi keamatan komunikasi kita. Hati kita berpotensi membesar-besarkan kepekaan dan ketidakpekaan kita. Setiap arena kehidupan bersilang dengan apa yang sedang berlaku dalam hati kita. Segala sesuatu melalui hati dalam perjalanan ke destinasinya. Segala sesuatu.


Kita memerlukan keberanian untuk meminta bantuan Bapa syurgawi agar menjaga, memahami, dan menyucikan hati kita. Dia ingin sekali memberikan respons dan menunjukkan kita cara menggantikan tabiat buruk hati yang lama dengan tabiat baru yang lebih baik yang akan menjadikan kita serupa dengan Anak-Nya dengan peredaran masa.


Sepanjang empat hari seterusnya dalam renungan ini, kita akan melihat empat musuh hati yang dihadapi oleh semua orang.


Apakah yang didedahkan oleh fikiran, kata-kata, dan tindakan anda baru-baru ini tentang apa yang sedang berlaku dalam hati anda? Tanya pendapat seseorang yang rapat dengan anda berkenaan ini juga.


Hari 2

Perihal Pelan

Enemies Of The Heart

Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley memb...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Andy Stanley dan Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: bit.ly/2gNB92i

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami