Info Pelan

21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 21 DARIPADA 21

Kepenuhan Allah

Iman kita perlu menjangkau tempat yang kita percaya Allah mempunyai perkara yang lebih baik bagi kita, dan kita rela memintanya. Demi sampai ke tempat ini, kita perlu bertaubat akan pemikiran sempit. Kita bersalah kerana ini. Kita bersalah kerana cuba meramalkan pola Allah. Kita cuba mengatur strategi untuk membantu Dia mencapai hal yang kita minta. Kerap kali, Dia tidak mengikut pola yang kita fikirkan. Ini disebabkan oleh pemikiran kita yang terlalu sempit.


Efesus 3:20, menyatakannya dengan baik. “Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan." Allah adalah cukup. Walau apa pun situasinya, walau apa pun kekosongan itu, walau apa pun kekurangan itu, Dia adalah cukup. Dia lebih daripada cukup.


Kita perlu menyedari bahawa lima ketul roti dan dua ekor ikan adalah lebih daripada cukup untuk memberi makan kepada beberapa ribu orang. Kita harus menyedari bahawa menebarkan jala di sebelah yang satu lagi akan membawa tangkapan besar yang telah diusahakan. Pemikiran kita haruslah cukup besar untuk meminta Allah untuk menunjukkan sesuatu yang besar dalam situasi kita dan tidak membataskan Dia menurut keupayaan kita. Kita mesti menghilangkan pemikiran bahawa sesuatu itu mesti dilaksanakan dalam cara tertentu sahaja. Rancangan-Nya adalah lebih tinggi daripada rancangan kita; fikiran-Nya adalah lebih tinggi daripada fikiran kita. Demi berjalan dalam kelimpahan, kita mesti menempatkan diri untuk menerima kepenuhan Allah. Saya berjanji, kepenuhan itu pastilah lebih daripada bayangan anda.


Kolose 2:8-10 mengingatkan kita agar tidak terperangkap dalam falsafah yang tidak berguna dan menyesatkan. Kita tidak boleh lupa bahawa kita melayani satu-satunya Tuhan alam semesta yang maha berkuasa, maha mengetahui, maha hadir. Kita mesti menolak pemikiran yang sempit dan bersikap terbuka kepada perkara yang besar, menakjubkan dan luar biasa yang Allah ingin lakukan dalam kita dan melalui kita!


Inilah kelimpahan. Kita tidak perlu mengetahui bagaimana, bila, di mana, atau dengan siapa itu akan berlaku. Kita cuma perlu mempercayai Allah untuk bekerja untuk kebaikan kita dan kemuliaan-Nya. Sudah tiba masanya untuk membuang rancangan kita. Apabila kita berbuat demikian, kita akan melihat mukjizat.


Sudah tiba masanya untuk menyedari dan menerima hidup kelimpahan yang diperkasakan oleh Roh yang dimaksudkan oleh Allah untuk anda. Sudah tiba masanya untuk hidup kelimpahan demi kemuliaan Allah!


Perjalanan anda tidak berakhir di sini. Ini hanyalah 21 hari pertama dalam perjalanan anda ke arah kelimpahan. Sekarang, terapkanlah prinsip dalam pelan ini dalam hidup harian anda.


Inginkan lebih banyak lagi? Lihatlah 21 Days to Overflow oleh Jeremiah Hosford. Buku ini membincangkan 21 hari pelan ini dengan lebih terperinci dan memberikan anda arahan lanjut untuk hari 22 dan seterusnya.


Hari 20

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang...

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami