Info Pelan

Kehidupan Terubah: Pada Tahun BaruSampel

Living Changed: In the New Year

HARI 2 DARIPADA 4

Menjalani Tahun Penyerahan


Awal tahun ialah masa yang terbaik untuk berhenti dan merenung—bukan sahaja mengenal pasti semua sebab kita harus bersyukur, malah untuk penyembuhan dan pertumbuhan pada tahun yang akan datang. 



Semasa membuat renungan, kita mungkin diingatkan tentang perasaan yang tersinggung. Daripada mengetepikan perasaan tersebut atau membiarkan perasaan itu menghasilkan kepahitan, kita boleh memilih kebebasan memaafi. Langkah pertama ke arah pemaafan ialah penyerahan. 



“Penyerahan” mungkinlah salah satu perkataan yang membuat orang lemah semangat, terutamanya berhubung dengan pemaafan. Kita cenderung menyamakannya dengan kekalahan pertempuran—melambaikan bendera putih dan membenarkan musuh untuk menawan kita. Namun, apabila kita berserah kepada Allah, kita boleh memandangnya secara berbeza.



Dengan Allah, penyerahan bermakna merentangkan hidup kita—termasuk luka dan penderitaan kita supaya Allah boleh menyembuhkan kita. Dia dipenuhi kasih sayang, belas kasihan, dan rahmat bagi kita semua. Kita tidak perlu berasa takut untuk menyerahkan penderitaan kita kepada Allah kerana kita boleh mempercayai Dia untuk berlemah lembut, dan mengendalikan hati kita dengan penuh kasih sayang. 



Kita juga boleh mempercayai Allah untuk bersikap adil. Memanglah biasa untuk mahu orang menerima padah tindakan mereka. Allah pun mengalami kemarahan benar terhadap dosa dan ketidakadilan. Walau bagaimanapun, kita harus menerima bahawa hanya Allah boleh menilai hati seseorang. Kita tidak memutuskan jika seseorang itu menerima hukuman atau kasih kurnia, dan berpaut pada dendam kita hanya membuat kita pahit.



Jika kita inginkan kedamaian pada tahun ini, kita perlu melepaskan kemarahan dan kebanggaan kita kepada Allah dan menumpukan perhatian pada hati kita. Kita mesti membuat pilihan sedar untuk menempatkan penderitaan dan keinginan kita di kaki-Nya dan meminta Allah untuk mengubah kita. Kita perlu mengakui bahawa kita memerlukan pertolongan-Nya. 



Sebagai pengikut Kristus, pemaafan ialah sesuatu yang kita lakukan setiap hari—meskipun ketika kita tidak mahu memaafi. Ada kalanya semasa memaafkan seseorang, kita perlu menyerahkan penderitaan yang sama kepada Allah berulang kali. Apabila perasaan lama timbul semula, kita memaafi lagi sehingga itu tidak menyedihkan kita lagi. Dengan kasih kurnia Allah, semua hal dapat dimaafkan. 



Pemaafan tidak bermaksud perkara itu adalah okey. Pemaafan tidak bermakna kita membiarkan orang lain untuk terus menyakiti kita. Pemaafan tidak semestinya bermaksud kita perlu bercakap berhadap-hadapan—orang itu tidak semestinya masih hidup untuk dimaafkan kerana pemaafan bukan tentang orang lain. Pemaafan merupakan pengakuan antara kita dan Allah sahaja. Pemaafan ialah tentang menjemput Dia masuk supaya Dia boleh menyembuhkan hati kita.



Jangan bawa kesalahan dan sakit hati tahun lalu ke tahun depan. Jika ada apa-apa yang perlu dimaafkan, luangkan masa untuk berdoa dan menyerahkannya kepada Allah. Beritahu Dia anda memerlukan pertolongan-Nya dan anda mempercayai-Nya dengan hasilnya.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Living Changed: In the New Year

Setiap Tahun Baru disertai peluang baru untuk permulaan yang baru. Jangan membiarkan tahun ini menjadi setahun lagi yang bermula dengan matlamat yang tidak dapat dicapai. Pelan 4 hari ini akan memimpin anda membuat renun...

More

Kami bersyukur kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.changedokc.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami