Info Pelan

Kuasa Harapan: 7 Hari Menuju ke Arah Berharap pada TuhanSampel

The Power of Hope: 7 Days to Hoping in the Lord

HARI 1 DARIPADA 7

Harapan Semasa Ribut | Yesus Kristus


Imbas kembali ribut kehidupan— perniagaan yang gagal, perceraian, masalah kewangan, penyakit, ibu bapa yang perlu dijaga, remaja yang mencabar, dan seterusnya—yang pernah anda alami. Anda mungkin sedang menghadapi masa yang sukar sekarang ini.



Semasa ribut melanda, adakah anda memberikan respons, "Allah, saya mempercayai-Mu untuk menolong saya mengharungi ini"? Ataupun, anda cenderung berkata, "Saya ditakdirkan menemui kegagalan! Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh siapa-siapa?"



Ada sekali, semasa Yesus dan murid-murid-Nya berlayar menyeberangi Laut Galilea, ribut yang kuat melanda perahu mereka. Murid-Nya panik lalu membangunkan Yesus yang sedang tidur, dan bertanya, "Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam?" (Berapa kali anda pernah bertanya Yesus soalan itu?)



Apabila ribut membadai dan ketakutan timbul, bergantunglah pada iman dan harapan yang telah diberikan oleh Allah kepada anda. Mengerjakan iman anda dalam Allah: ingatlah bahawa Dia berkuasa. Tempatkan harapan anda pada Allah: mengenali kedamaian-Nya.


Hari 2

Perihal Pelan

The Power of Hope: 7 Days to Hoping in the Lord

Tajuk berita dunia dan pergelutan peribadi boleh menyebabkan anda berasa letih dan cemas, tetapi tiada perkara yang baru bagi Allah. Orang pada zaman alkitabiah juga sering mengalami perkara yang sama. Pelan bacaan Alkit...

More

Kami bersyukur kepada HarperCollins/Zondervan/Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thomasnelson.com/p/the-power-of-hope/?utm_source=youversion&utm_medium=reading+plan&utm_campaign=power_of_hope

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami