Info Pelan

Hari ValentineSampel

Valentine's Day

HARI 1 DARIPADA 3

BESAR



“Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah!” 



- 1 Yohanes 3:1 BM  



Sama ada anda sedar atau memahami sepenuhnya atau tidak, kebenarannya ialah Allah – Pencipta alam semesta – mengasihi anda dan saya tanpa syarat. Setiap hari Dia memilih untuk memberikan kasih-Nya yang besar kepada kita. Setiap hari, Dia mahu hati kita terbuka untuk memahami kebesaran dan keluasan kasih-Nya terhadap kita. Agar kita menyedari bahawa kelebaran, kepanjangan, ketinggian, kedalaman dan kebesaran kasih-Nya yang menakjubkan terhadap kita ialah batuan dasar iman kita. Agar kita mengalami kasih Bapa yang sempurna yang berjanji, “Aku tidak sekali-kali [dalam apa jua keadaan] akan meninggalkanmu [atau putus asa denganmu atau meninggalkanmu tanpa sokongan, atau meninggalkanmu tidak berdaya dari apa segi pun]. Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu!” 



- Ibrani 13:5 AVB



Kata-kata tersebut bukanlah janji kosong. Kata-kata tersebut ialah kebenaran. Kata-kata tersebut ialah ungkapan Bapa syurgawi yang mengasihi kita dan inginkan hal yang terbaik bagi anak-Nya. Kasih-Nya terletak di tengah-tengah hati-Nya terhadap kita; Dia mahu kita menyedari dan mengalami kasih-Nya dalam hidup kita.  



Hari ini, ucapkan doa pendek ini bersama dengan saya:  



Bapa,  



Saya bersyukur kepada-Mu kerana Engkau memberikan kasih-Mu yang besar kepada saya setiap hari dan mengasihi saya tanpa syarat. Saya sentiasa bersyukur. Terima kasih kerana kebenaran firman-Mu bahawa Engkau tidak akan meninggalkan saya atau mengabaikan saya. Engkau berjanji bahawa Engkau tidak akan membiarkan saya. Semoga saya bergantung pada pengetahuan bahawa Engkaulah Bapa yang sempurna yang mengutamakan kepentingan saya. Tolonglah saya untuk menyedari dan memahami kebesaran kasih-Mu. Terima kasih kerana saya boleh yakin bahawa Engkau ialah Bapa saya dan masa depan saya selamat dalam tangan-Mu. 



Dalam nama Yesus, amin. 


Hari 2

Perihal Pelan

Valentine's Day

Hari Valentine mungkinlah masa yang rumit bagi sesetengah daripada kita. Kita mungkin bujang dan ingin berpacaran sekarang ini, oleh itu, masa ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Sepanjang tiga hari...

More

Kami berterima kasih kepada CBN Europe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.cbneurope.com/yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami