Info Pelan

Perlengkapan Senjata daripada AllahSampel

The Armor of God

HARI 5 DARIPADA 5

Kita mendefinisikan iman dengan maksud yang mudah ini: bertindak seperti Allah memang bercakap benar.



Kebenaran adalah engsel semua isu kehidupan beriman. Jika anda tidak tahu kebenaran itu, anda tidak mungkin betul-betul mengetahui cara bertindak bersama dengannya. Jadi, kebenaran sifat Allah dan Firman-Nya memberikan rangka kerja yang membenarkan iman kita untuk berkembang maju.



Kebenaran Allah adalah perkara yang menjadikan mempercayai Allah berbaloi. Tanpa kebenaran, kita tidak mempunyai apa-apa yang kukuh untuk menggantungkan perisai iman kita. Maka, mengetahui kebenaran Allah dan kebenaran tentang Allah seperti yang dinyatakan dalam Firman-Nya adalah penting jika kita ingin mengerjakan iman kita dengan penuh tanggungjawab, dan mengalami manfaat dilindungi oleh perisai kita.



Sebarang perbincangan tentang iman tidak akan lengkap tanpa menegaskan kepentingan genting mendengar suara Allah dengan jelas dan tepat.



Jika kita tidak berhati-hati, iman mudah berubah menjadi kebodohan—tindakan kurang bijak, mengikut gerak hati, malah semberono dan bahaya, yang dilakukan atas nama iman. Namun, iman yang sebenar sentiasa berasaskan Firman bertulis Allah sementara Roh-Nya memimpin anda untuk menerapkannya dalam kehidupan anda. Bagaimanakah anda menggambarkan perbezaan antara iman dan kebodohan? Apakah yang menghalang seseorang daripada melepasi batasan antara iman dan kebodohan?



Sebagai orang percaya, kita beruntung kerana mengetahui arahan-Nya bagi kita apabila kita mencarinya dalam doa. Dia taat menunjukkan kebenaran kepada kita, memberikan kita arahan-Nya untuk langkah seterusnya. Sebenarnya, berkeyakinan dan teguh tentang langkah seterusnya adalah penting untuk membantu kita mengekalkan keseimbangan semasa kita mengejar gaya hidup yang dilindungi oleh perisai iman.



Sesudah anda mengetahui kebenaran Allah atau janji Allah berkenaan sesuatu hal dengan jelas, tibalah masanya untuk bergerak maju dalam cara yang sepadan dengan itu. Dengar baik-baik—perasaan anda tidak mungkin menjadi faktor penentu tindakan anda yang muktamad. Perasaan berubah-ubah dan tertakluk pada rangsangan luar. Tindakan yang dilakukan berdasarkan iman mesti tertambat pada sesuatu yang lebih kukuh dan tetap.



Allah kita benar dan berbaloi diikuti.



Dia sentiasa hadir—jauh lebih kuat daripada Iblis—untuk mendengar doa risau kita, mengesahkan semula janji-Nya yang tidak mengenal gentar, dan menyediakan cahaya lampu yang kita perlukan untuk terus berjalan ke arah-Nya. Ambillah perisai, para askar. Kita berjalan berdasarkan iman.
Hari 4

Perihal Pelan

The Armor of God

Sepanjang hari, setiap hari, suatu peperangan yang tidak kelihatan meletus di sekeliling anda — tidak kelihatan, tidak kedengaran, namun dirasakan dalam setiap aspek kehidupan anda. Musuh setia yang jahat ingin mengucar-...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Priscilla Shirer dan LifeWay Christian Resources kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.lifeway.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami