Info Pelan

Set Semula Selepas Paskah: Pelan Rehat YouVersion untuk Warga PastorSampel

Reset After Easter: A YouVersion Rest Plan for Pastors

HARI 3 DARIPADA 3

Mengingat.






Ingatlah masa anda mula-mula merasakan tarikan hati Allah terhadap hati anda. 



Ingatlah masa anda berserah kepada-Nya. 



Sukacita keselamatan anda. 



Betapa segar rasanya. 



Diampunkan, suci—baru sepenuhnya. 







Kini, anda mengetahui: 



Jemputan Bapa syurgawi kita sentiasa terbuka kepada semua orang. 



Dia sentiasa menarik lebih banyak orang lagi kepada diri-Nya. 



Dia sentiasa berasa gembira untuk mengalu-alukan seorang lagi anak ke keluarga-Nya… 



Untuk menutupi dosa mereka dengan jubah kebenaran-Nya. 



Untuk memberikan mereka nama-Nya—Nama yang tidak patut diberikan kepada mereka. 



Untuk menambahkan mereka sebagai waris kerajaan-Nya. 







Kita ialah pelayan berita baik-Nya. 



Kita memuliakan-Nya. 



Kita mengangkat-Nya, berulang kali. 



Kerana kita mengingat. 



Apabila kita mengangkat-Nya, kita tahu orang lain akan datang. 



Dan Roh-Nya akan berbicara kepada mereka. 



Dan banyak orang akan berserah—seperti kita. 



Dan kita akan menyambut mereka sebagai ahli keluarga kita, memberikan mereka kasih yang sama yang telah ditunjukkan oleh-Nya kepada kita. 







Kemuliaan bagi Allah dan bagi Yesus Kristus daripada generasi kepada generasi, selama-lamanya! 



Amin. 


Hari 2

Perihal Pelan

Reset After Easter: A YouVersion Rest Plan for Pastors

Disebabkan kehadiran biasanya bertambah pada hari Ahad semasa orang Kristian meraikan Kebangkitan Yesus, hujung minggu Paskah mewakili salah satu waktu yang paling memuaskan — dan mencabarkan — dalam sesetahun itu bagi p...

More

Pelan Alkitab original ini dicipta dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami