Info Pelan

Yesus Mengasihi AkuSampel

Jesus Loves Me

HARI 1 DARIPADA 7

Mengapa Harus Saya Membaca Ini?


 Yesus menegaskan, "Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan" (Yohanes 10:10). Yesus datang untuk menghembuskan nafas yang memberi hidup ke dalam jiwa kita. Dia datang untuk menghembuskan nafas yang memberi hidup kekal ke dalam kita supaya kita boleh menyertai Allah di syurga selepas kita meninggalkan dunia ini. Dia datang untuk menghembuskan nafas yang memberi hidup ini ke dalam semua orang yang akan percaya dan menerima kurnia keselamatan-Nya yang percuma.



Di mana saja kita mati dalam perbuatan salah kita, Yesus memasuki dunia kita untuk menghembuskan nafas yang memberi hidup semula ke dalam kita. Semua orang—daripada semua agama, kepercayaan, dan latar belakang—pada asasnya inginkan hubungan yang ditawarkan oleh Yesus. Demi menyelamatkan kita daripada gangguan dosa, Allah telah memasuki bangsa manusia.



Sebagai orang Kristian, inilah Yesus yang kita percayai—bukan orang baik semata-mata yang bernama Yesus ataupun satu idea yang digelar Yesus ataupun seorang guru yang memberikan inspirasi yang bernama Yesus. Kita mempercayai Yesus yang merupakan Allah dalam tubuh manusia, Mesias yang mati di salib kerana dosa dunia dan bangkit daripada kematian.



Sementara kebanyakan orang Kristian memahami kebenaran ini, harapan saya adalah membantu anda menjawab soalan, Apakah yang saya percaya sebagai orang Kristian? Disebabkan kita hidup dalam dunia di mana banyak orang mendefinisikan keKristianan mengikut pendapat masing-masing, kita perlu memahami bahawa kepercayaan asas Kristian adalah kebenaran yang tidak berubah-ubah. Kepercayaan asas tersebut adalah syarat untuk menerima pengampunan Yesus dan hidup. Syarat tersebut telah ditentukan oleh Allah, bukan manusia. Syarat tersebut tidak berubah, dan boleh difahami oleh semua orang.



Di bawah setiap rumah yang teguh, terdapat asas yang tidak kelihatan menyokong berat seluruh struktur itu. Pengajian ini memberikan asas kepercayaan seperti itu untuk iman Kristian kita. Tertinggal satu daripada kepercayaan asas tersebut dan rumah iman anda akan merebeh atau runtuh.



Lebih positif lagi, letakkan ajaran Kristian asas ini sebagai dasar iman anda, dan anda akan berupaya melihat Allah membina hidup yang stabil dan bermutu ketukangan. Firman Allah mendefinisikan kebenaran asas ini. Pengajian ini membantu anda memeriksa asas kepercayaan anda sebagai orang Krisitan—supaya anda boleh membina hidup yang beriman besar. Kita bertumbuh dengan mempercayai apa yang dikatakan oleh Allah dalam Firman-Nya dan mematuhinya. Semoga kita lebih mengasihi Kristus pada akhir pengajian ini, lebih yakin akan kepercayaan kita, dan lebih diperteguh untuk mentaati Allah kita yang baik. 






Bagaimana anda menjawab soalan, "Apakah yang saya percaya sebagai orang Kristian?" 


Hari 2

Perihal Pelan

Jesus Loves Me

Jika seseorang menanya anda, "Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?" apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, "Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so" ("Yesus m...

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bakerbookhouse.com/products/235847

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami