Info Pelan

Pada Krismas Ini Jangan Putus Asa, Pandanglah Ke AtasSampel

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

HARI 1 DARIPADA 6

Apabila Anda Memandang Ke Atas, Keadaan Akan Bertambah Baik


Kita semua pernah mendengar frasa, "Things are looking up!"



Namun, apakah maksudnya?



Ia bermaksud situasi bertambah baik. Masalah anda berkurang, dan peluang anda bertambah.



Saya mahu anda mengingati satu kebenaran yang penting pada Krismas ini: Keadaan akan mula bertambah baik bagi anda apabila anda mula memandang ke atas.



Dengan kata lain, keadaan anda akan bertambah baik apabila anda berhenti memandang keadaan itu dan mula memandang Allah.



Kita melihat frasa ini, "Arahkanlah matamu ke langit" berulang kali dalam Alkitab. Ia ialah cara lain untuk berkata, "Pandanglah ke atas. Alihkan pandangan dari diri anda kepada Allah."



Allah mengatakannya kepada Musa. Dia mengatakannya kepada Abraham. Yesus mengatakannya kepada pengikut-Nya.



Ada satu kata berirama yang berbunyi, "Dua orang memandang ke luar dari kekisi penjara. Seorang melihat lumpur, seorang lagi melihat bintang." Dengan kata lain, seorang banduan memandang ke bawah dalam kekecewaan, sementara seorang lagi memandang ke atas berasa ada harapan.



Anda mempunyai pilihan yang sama, dan saya berharap agar anda memilih untuk melihat bintang. Allah telah mencipta setiap bintang itu. Bintang tersebut ialah bintang yang sama yang bersinar pada malam Yesus dilahirkan 2,000 tahun lalu. Raja Daud melihat bintang yang sama 1,000 tahun sebelum itu, semasa ia menulis kata-kata ini:



"Apabila aku melihat langit yang telah Engkau ciptakan, bulan dan bintang yang Engkau tempatkan, apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan belaka, namun Engkau peliharakan mereka. . . . Ya TUHAN, Tuhan kami,
keagungan-Mu terlihat di seluruh bumi."
(Mazmur 8:4-5, 10 BM).



Semasa kita memandang ke atas dan melihat betapa besarnya Allah itu, ia mengecilkan saiz masalah kita. Masalah kita tidak pernah kelihatan lebih besar atau lebih berkuasa apabila dibandingkan dengan kebesaran Allah.



Perbincangan



  • Semasa menghadapi masalah, mengapakah lebih mudah untuk menumpukan perhatian pada masalah daripada menumpukan perhatian pada Allah?

  • Bagaimanakah melihat keluasan ciptaan menjadikan masalah anda rasa lebih kecil?

  • Apakah yang anda boleh lakukan minggu ini untuk menikmati keindahan ciptaan Allah dan mengalihkan pandangan anda daripada masalah anda?


Sudahkah anda mempercayai Yesus untuk keselamatan anda?



Alkitab menyatakan bahawa kita hanya dapat ke syurga dengan mempercayai Allah melalui Anak-Nya, Yesus Kristus. Kita tidak perlu mencari kasih Allah atau bekerja keras untuk memasuki syurga. Efesus 2:8-9 berkata, "Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu" (BM).



Jika anda belum mempercayai Yesus dan mengabdikan diri untuk mengikut Dia, kenapa tunggu lagi? Jika anda sudah bersedia untuk mengambil langkah ini dan membuat keputusan untuk mempercayai Yesus Kristus dan mengikut Dia, ucapkan doa ini:



"Yesus, Engkau berjanji jika saya mempercayai Engkau, semua kesalahan saya akan diampunkan, saya akan mendapat tahu tentang tujuan hidup saya, dan Engkau akan menerima saya ke rumah abadi-Mu di syurga kelak.



"Saya mengakui dosa saya, dan saya mempercayai bahawa Engkau ialah Penyelamat saya. Engkau berjanji jika saya mengakui dosa saya dan mempercayai-Mu, saya akan diselamatkan. Saya mempercayai-Mu semasa Engkau mengatakan bahawa keselamatan datang melalui kasih kurnia, melalui iman, dan bukan melalui apa yang saya lakukan. Saya menerima Engkau ke dalam hidup saya sebagai Tuhan saya. Hari ini, saya menyerahkan seluruh hidup saya kepada pengurusan-Mu. Engkau berhak menentukan hidup saya.



"Yesus, saya ingin berehat dalam kasih-Mu. Terima kasih kerana saya tidak perlu mencari kasih-Mu atau bekerja keras untuk menerimanya. Saya ingin menggunakan seluruh hayat saya untuk melayani-Mu dan bukan melayani diri saya. Dengan rendah hati, saya menyerahkan hidup saya kepada-Mu dan meminta agar Engkau menyelamatkan saya dan menerima saya ke dalam keluarga-Mu. Dalam nama-Mu saya berdoa. Amin."



Jika anda telah berdoa untuk menerima Yesus, hantar e-mel kepada saya di Rick@PastorRick.com dan beritahu saya tentang keputusan anda. Saya ingin menghantar bahan percuma kepada anda untuk membantu anda memulakan perjalanan anda dengan Yesus.


Hari 2

Perihal Pelan

This Christmas Don’t Give Up, Look Up

Kita semua pernah mendengar frasa, "Things are looking up." Ia bermakna situasi bertambah baik. Alkitab memberitahu kita bahawa keadaan akan mula bertambah baik apabila kita mula memandang ke atas. Alihkan pandangan anda...

More

Kami berterima kasih kepada Rick Warren/Daily Hope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://pastorrick.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami