Info Pelan

Tahun Baru, Allah yang SamaSampel

New Year, Same God

HARI 1 DARIPADA 4

Kosongkan beg pakaian anda.


Ibu Amerika Latin biasanya membeli cenderamata sebagai hadiah untuk saudara-mara bila mereka bercuti. Perkara yang paling melucukan ialah mereka menggunakan beg pakaian mereka untuk membawa semua itu, walau betapa besar pun ruang yang diperlukan!


Pernahkah anda menjadi penumpang seperti itu?


Meskipun ini tidak lucu, kenyataannya ialah kadang kala hal ini tidak menyenangkan. Terdapat banyak barang untuk orang lain yang perlu dimasukkan ke dalam beg itu sehinggakan tiada ruang yang tinggal untuk apa yang betul-betul diperlukan.


Perkara yang sama berlaku dengan beg pakaian hidup kita. Kita menarik beg yang dipenuhi benda daripada pengalaman lalu. Kita membawa banyak objek yang memberatkan beg itu, dan lebih teruk lagi, memakan ruang yang diperlukan untuk membawa apa yang betul-betul diperlukan.


Apakah yang harus dibuang untuk memberikan tempat? Barangkali situasi lalu yang menghalang kita daripada cuba semula. Barangkali keraguan yang tidak membenarkan kita untuk bergerak maju, atau kata-kata kesat terhadap kita yang disimpan dalam hati kita.


Memanglah penting untuk menyedari bahawa kita tidak terhutang budi untuk menanggung semua ini, kerana semua ini bukan milik kita. Semua ini milik masa lalu. Bagaimana kita meninggalkannya?


Kita perlu memberikan tempat untuk semua kebaikan yang Allah mahu berikan kepada kita tahun ini! Pengalaman dan ajaran baru, orang baru, pencapaian baru ...


Demi menerima tahun yang diberkati, memanglah perlu untuk memberikan tempat untuk berkat. Saya sedar susah untuk mengharapkan hal yang terbaik apabila kita mengenang semula dan mengingati semua perkara buruk yang telah berlaku, tetapi ingatlah bahawa Allah boleh mengerjakan semua hal untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Hari ini ialah peluang yang baru untuk hidup secara berbeza, untuk hidup berdasarkan iman dan tidak takut, untuk menerima, melepaskan dan bergerak maju.


Marilah kita mengangkat beg yang dipenuhi harapan, kasih, sukacita, kedamaian, kesabaran, dan impian. Marilah kita meninggalkan beban, dan memerhatikan bagaimana Allah membantu kita untuk memenuhi beg kita dengan perkara yang betul-betul berbaloi. Saya sudah mengemas beg saya untuk perjalanan ini, apakah yang anda tunggukan?


Aktiviti: Fikirlah tentang tiga perkara yang anda bawa selama ini yang menguasai anda. Serahkannya kepada Allah dan meminta Dia untuk menolong anda untuk melepaskan semua ini agar tidak lagi membenarkan beban ini untuk menjadi sebahagian daripada anda.


Leslie Ramírez


Hari 2

Perihal Pelan

New Year, Same God

Tahun baru sudah sampai dan disertai matlamat serta azam baru yang ingin dicapai. Setiap sesuatu dalam dunia ini telah berubah; walau bagaimanapun, kita mempunyai Allah maha kuasa yang sama, yang dapat memberikan kita ta...

More

Kami bersyukur kepada Leslie Ramírez Lázaro kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://aboutleslierl.web.app/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami