Info Pelan

Bagaimana Bersyukur Kerana Hidup AndaSampel

How to Be Grateful for Your Life

HARI 1 DARIPADA 5

Tabiat Asas Kesyukuran



Rahsia kegembiraan ialah mengenang berkat yang dinikmati sementara orang lain menjumlah masalah mereka. — William Penn



Sewaktu kita membaca Firman Allah, kita dapat melihat tema bersyukur. Terdapat ratusan ayat yang memberitahu kita untuk mengucap syukur atau memberikan pujian kepada Allah. Di luar Alkitab, anda akan menemukan banyak artikel dan penyelidikan yang menyatakan manfaat menjadi orang yang bersyukur. Orang yang bersyukur didapati kurang murung, mendapat gred yang lebih baik di sekolah, tidur lena, tetap sihat, memiliki persahabatan yang erat, dan memiliki pandangan hidup yang lebih baik. Pendek kata, kesyukuran adalah baik untuk anda! 



Dalam 1 Tesalonika 5:18 BM, Rasul Paulus menulis, “Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.” Menjalankan hidup sebagai orang yang bersyukur merupakan kehendak Allah bagi hidup kita. Allah mengetahui dari mula-mula lagi bagaimana kesyukuran mempengaruhi kita secara positif—lama sebelum artikel atau buku dituliskan tentang topik ini. Oleh itu, sama ada hidup anda berjalan lancar atau anda rasa seperti sedang berjalan di atas pasir jerlus, pertimbangkan untuk menambahkan tabiat harian yang berikut dalam hidup anda: 




  • Buka jalan yang baru. Dr. Caroline Leaf, ahli sains nuero kognitif dan penulis, berkata, “Ketika anda berfikir, anda mengubah struktur otak anda.” Ini tidaklah mudah. Namun, kita mempunyai pilihan tentang apa yang kita fikirkan, maka marilah kita membenarkan pemikiran yang penuh kesyukuran untuk memenuhi minda kita.

  • Pilih lima perkara. Jadikan kebiasaan harian untuk mengatakan atau menuliskan lima perkara yang anda syukuri. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa—pagi atau malam!

  • Tetapkan penggera kesyukuran. Pilih masa yang berbeza dalam sehari. Apabila penggera itu berbunyi, minta Allah untuk mengingatkan anda tentang berkat dan anugerah dalam hidup anda dan bersyukur kepada-Nya kerana semua itu. 

  • Beritahu seseorang. Setiap hari, beritahu seseorang tentang apa yang anda syukuri. Mungkin persahabatan dengan mereka, keindahan matahari terbit, saat yang berkuasa bersama dengan Allah, atau berkat yang tidak dijangka. Mengatakannya menjadikannya lebih nyata.


Memanglah penting untuk menjadikan kesyukuran itu tabiat kita supaya ketika badai hidup melanda, kita tahu bagaimana untuk mengharungi laut yang bergelora. Sebahagian daripadanya ialah mempercayai Allah dan juga memilih untuk bersyukur meskipun kita tidak memahami dunia di sekeliling kita. 



Semasa kita membina otot kesyukuran, kesyukuran menjadi sesuatu yang tidak perlu difikirkan—kesyukuran akan menjadi semula jadi seperti bernafas.


Hari 2

Perihal Pelan

How to Be Grateful for Your Life

Sepanjang Alkitab, kita diminta untuk "bersyukur" dan "mengucap syukur." Mengapa? Kerana kita mempunyai banyak hal untuk disyukuri! Kita tidak berasa bersyukur secara kebetulan, tetapi dengan tabiat bersyukur yang diseng...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami