Info Pelan

Meletakkan Tuhan di Tempat PertamaSampel

Meletakkan Tuhan di Tempat Pertama

HARI 1 DARIPADA 5

"Tempat Tuhan adalah Hadiah Saya!"




Tempat pertama - adalah cita-cita tertumpu semua orang yang bertanding. Sama ada pertandingan perseorangan atau berpasukan, skor atau masa terbaik akan menang, dan tempat pertama selalu membawa hadiah utama kepada orang yang mencapai kejayaan itu. Namun, selalunya dengan satu pengecualian penting.




Sebelum penyelamatan kita, kita biasanya mendapat tempat pertama dalam hidup kita sendiri - hidup untuk diri kita sendiri, memenuhi cita-cita yang mementingkan diri sendiri, menggalakkan agenda sendiri. Tetapi apabila kita menjadi orang Kristian, tempat pertama bukan lagi milik kita; tempat pertama dimiliki Tuhan.




Memberi Tuhan tempat pertama dalam kehidupan kita bermula pada hari pertama penyelamatan kita, tetapi memastikan Tuhan kekal di tempat pertama dalam semua aspek kehidupan kita adalah satu proses yang berterusan. Apabila kita berbuat demikian, kita menjalani kehidupan yang penuh kepuasan dan diberkati Kristus di bumi ini, dan mewarisi kehidupan abadi dengan rahmat yang tidak terhingga bersama Tuhan di Syurga selama-lamanya.




"Setiap ahli sukan yang sedang menjalani latihan harus mematuhi disiplin yang ketat. Dia melakukannya kerana dia ingin mendapat hadiah kejuaraan, walaupun hadiah itu akan rosak. Kita pun seperti ahli sukan yang mematuhi disiplin yang ketat supaya mendapat hadiah kejuaraan yang tidak akan rosak. 1 Korintus 9:25"



Hari 2

Perihal Pelan

Meletakkan Tuhan di Tempat Pertama

Meletakkan Tuhan di tempat pertama dalam kehidupan kita bukanlah sesuatu yang dibuat hanya sekali... ini merupakan proses sepanjang hidup untuk setiap penganut Kristian. Sama ada anda baru percaya atau pengikut Kristus b...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami