Info Pelan

Mula SemulaSampel

Begin Again

HARI 1 DARIPADA 7

Permulaan Baru



Saya suka beralih kepada tahun yang baru. Sebagaimana saya suka menyaksikan matahari terbit. Saya percaya bahawa Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru.



Allah boleh menciptakan sesuatu daripada kekosongan. Seperti bekas tanah, Dia boleh membentuk sesuatu daripada gumpal yang tidak berbentuk. Dia boleh mengambil hati anda yang remuk, kotor dan tercemar, dan mengubahnya menjadi hati yang suci dan bertujuan – menyempurnakannya semula!



Dalam Kejadian, Allah berfirman kepada kekosongan dan kegelapan untuk mencipta alam semesta, bintang dan dunia kita. Allah mencipta dunia ini dengan firman-Nya. Demikian juga, Allah boleh berfirman terhadap kegelapan hidup anda, lalu menciptakan permulaan baru untuk anda.



Dalam beberapa hari seterusnya, biarlah saya memimpin anda untuk meneliti orang yang telah menyerahkan kekucar-kaciran mereka kepada Allah. Tidak lagi dikuasai oleh situasi, keadaan, atau perasaan. Malah, mengakui bahawa mereka hanya dapat memperoleh penyelesaian yang betul, hidup yang nyata, rekod yang bersih dan permulaan yang baru melalui Anak Allah, Yesus Kristus (Baca 1 Korintus 1:30).



Sekarang ini, Dia boleh berfirman terhadap kekucar-kaciran dalam hidup anda untuk mewujudkan harapan yang baru, tenaga yang baru.



Baca Mazmur 51:12. Allah ingin anda bersikap murni, jadi Dia ingin memainkan peranan yang aktif untuk menciptakan hati anda yang baru dan mengaturkan kekucar-kaciran hidup anda. Anda hanya perlu merendahkan diri di hadapan-Nya dan berserah kepada kedaulatan-Nya.



Katakan, "Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharuilah batinku agar menjadi teguh." Doakan, "Allah, mulakan hidup baru untuk saya, daripada segala kekucar-kaciran, benarkan saya untuk bermula semula."



Saya suka permulaan baru! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!
Hari 2

Perihal Pelan

Begin Again

Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap keg...

More

Kami berterima kasih kepada En. Boris Joaquin, Presiden dan Ketua Pegawai Pelatih Breakthrough Leadership Management Consultancy. Beliau ialah pelatih dan penceramah yang unggul tentang program kepimpinan dan kemahiran insani yang lain di Filipina. Bersama dengan isterinya, Michelle Joaquin, beliau menyumbangkan pelan bacaan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.theprojectpurpose.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami