Info Pelan

Tony Evans Memeriksa Perdamaian Ras Dengan TelitiSampel

Tony Evans Explores Racial Reconciliation

HARI 1 DARIPADA 3

Pencurian Identiti



Salah satu cabaran terbesar hari ini, dari segi jenayah, adalah pencurian identiti. Mereka akan mencuri identiti anda untuk kegunaan melibatkan penipuan mereka. Mereka berpura-pura menjadi anda dan mengambil benda yang dimaksudkan untuk anda. Iblis ialah pencuri identiti yang terbesar dalam sejarah. Iblis ingin merampas semua perkara menakjubkan yang telah diberikan oleh Yesus kepada orang percaya. Salah satu cara ia melaksanakan ini adalah dengan mengelirukan kita tentang identiti kita. Kekeliruan ini adalah salah satu sebab rasisme masih wujud dan perdamaian antara ras tidak berlaku. 



Kita perlu menggadaikan identiti kita pada salib Kristus, tetapi Iblis akan cuba membuat kita menggunakan kaedah identiti yang lain seperti ras. Itulah sebabnya mengapa anda mendengar seseorang merujuk kepada diri mereka sebagai orang Kristian hitam, orang Kristian putih, orang Kristian hispanik, atau orang Kristian Asia. Berdasarkan alasan-alasan teknik, rangkaian ini tidak betul kerana "orang Kristian" bertindak sebagai kata nama dan diubah oleh adjektif "ras". Ini bermaksud ras mengubah siapa kita sebagai orang Kristian. 



Walau bagaimanapun, identiti kita terletak dalam Kristus. Iaitu, kedudukan kita dalam Kristus menjadikan kita orang Kristian yang kebetulannya orang hitam, putih, hispanik atau Asia. Identiti adalah amat penting kerana siapa yang anda rasa anda ialah akan menentukan tindakan anda. Identiti kita haruslah dalam Kristus terlebih dahulu dan segala sesuatu yang lain harus ditempatkan di bawahnya. Allah tidak meminta kita untuk menafikan ras atau budaya kita, tetapi Dia meminta agar perkara tersebut tidak menghindari komitmen Kristian kita. Terimalah ras anda. Terimalah budaya anda. Jadilah diri anda, tetapi jangan sekali-kali membiarkan identiti ras mengganggu kebenaran Alkitabiah.



Bagaimanakah anda boleh mengelakkan identiti ras anda daripada memutarbalikkan Firman Allah?


Hari 2

Perihal Pelan

Tony Evans Explores Racial Reconciliation

Daripada perpaduan, banyak orang cuma bertolak ansur terhadap ras lain. Mereka cuma bersabar dengan orang lain tanpa keinginan untuk betul-betul berhubungan dengan mereka. Dalam pelan bacaan 3 hari ini, Dr. Tony Evans ak...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative (Tony Evans) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami