Info Pelan

Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi KrisisSampel

Good News: Encouragement for a World in Crisis

HARI 5 DARIPADA 7


Allah Ada Dekat Dengan Kita


Samuel Johnson, penulis abad ke-18 berkata, “Kita perlu lebih kerap diingatkan bahawa kita perlu diajar.” Mempelajari perkara yang baru membuat kita tetap pintar dan menolong kita untuk memperbaik diri. Namun, ada banyak perkara yang sudah dipelajari tetapi tidak diterapkan atau diingati. Salah satu perkara tersebut ialah betapa dekatnya Allah kepada kita. Yang berikut ialah beberapa kebenaran yang dipenuhi harapan untuk diingati:


Tiada tempat yang dapat kita tujui yang belum ada hadirat Allah. Dia ada kelmarin, Dia ada hari ini, dan Dia ada esok pada masa yang sama. Dia bersukacita kerana kita, mengganjar kita, memberkati kita, dan memberikan kita pengampunan serta kasih kurnia-Nya setiap hari. Di samping hal yang baik, tiada tragedi yang melanda kita, tiada kesukaran yang dihadapi, dan tiada kesusahan yang akan diharungi yang berlaku tanpa hadirat-Nya, Dia memelihara kita dengan tangan kanan-Nya yang kuat, benar, dan sempurna. 


Apabila anda berasa sepi dan tertanya-tanya di mana Allah, ketahuilah bahawa Dia ada di sisi anda, di atas anda, di depan anda, di tengah-tengah anda, di sekeliling anda, dalam kalangan anda, sebelum anda, di belakang anda, di bawah anda, menyertai anda, melewati anda, oleh anda, untuk anda, di dalam anda, berdekatan dengan anda, dan lebih tinggi daripada anda. Dia ada di semua tempat, pada setiap waktu. Sentiasa dan selama-lamanya, Dia ada dekat dengan kita.


Apabila anda berasa takut dan tertanya-tanya mengapa Allah tidak menghilangkan ketakutan daripada anda, ketahuilah bahawa Dia tidak memberikan anda roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib. Tiada apa-apa yang dapat memisahkan kita daripada kasih dan hadirat-Nya. Sentiasa dan selama-lamanya, Dia ada dekat dengan kita.


Apabila anda berasa sakit dan tidak memahami mengapa Allah tidak menyembuhkan anda, ketahuilah bahawa Dia masihlah Sang Penyembuh dan Jehovah-Rapha, Allah yang menyembuhkan. Rangka masa anda mungkin tidak sama dengan rangka masa-Nya, tetapi anda boleh tetap yakin, Dia sedang bekerja dalam anda dan melalui anda. Sentiasa dan selama-lamanya, Dia ada dekat dengan kita. 


Tiada apa-apa yang akan kita temui yang belum dikalahkan oleh Allah. Bukan sahaja dikalahkan malah dimusnahkan sepenuhnya bagi pihak kita apabila Dia menempatkan Yesus di salib untuk menanggung dosa lepas, dosa sekarang, dan dosa akan datang kita. Sentiasa dan selama-lamanya, Dia ada dekat dengan kita.


Apabila anda menghadapi situasi yang menyengsarakan, Dia menyertai anda.
Apabila hidup seolah-olah tidak dapat dikawal, DIa menyertai anda.
Apabila anda tidak dapat melihat jalan ataupun langkah seterusnya, Dia menyertai anda. 


Ada pilihan di merata tempat yang menarik kepercayaan, harapan, dan sukacita kita. Sukacita dan keseronokan sementara tersebut tidak setanding dengan hadirat Allah maha berkuasa yang abadi dan tidak berkesudahan, yang memanggil kita anak-Nya. Hadirat-Nya ialah hadiahnya. Itulah yang kita terima selama-lamanya.


Ingin berkongsi imej hari ini? Ketik di sini untuk memuat turun. 


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Good News: Encouragement for a World in Crisis

Kita hidup dalam zaman yang tidak pernah berlaku dahulu kerana pandemik COVID-19. Di manakah kita menemui harapan dan "berita baik" di tengah-tengah hebahan berita buruk yang tidak henti-henti? Bagi pengikut Yesus, senti...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami