Info Pelan

Impian DitebusSampel

Dreams Redeemed

HARI 1 DARIPADA 7


Saya tidak sangka saya akan hidup sehingga umur 21 tahun. Selepas sejarah panjang mengalami penderaan seksual, dirogol, dan hidup dalam suasana yang kucar-kacir, ibu saya mengabaikan saya di kawasan perumahan yang dipenuhi samseng, pada umur 13 tahun, dengan adik lelaki saya yang berumur lapan tahun, untuk menjaga diri sendiri selama tiga bulan. Pada musim panas itu, saya menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang lebih tua, yang memberikan kami makanan dan perlindungan. Hubungan itu menjadi kasar dan bersifat mengeksploitasi, dan akhirnya saya mula bekerja dalam industri seks sebagai penari bogel. Pada dasarnya, teman lelaki saya menjadi bapa ayam saya dan kehidupan saya menjadi tidak dapat dikawal. 


Yesus muncul. 


Dalam Dia, saya menemui kasih kurnia, penyembuhan, dan jalan ke arah kebebasan. Saya mula mengejar impian lagi. Saya mempunyai impian bahawa suatu hari nanti saya akan memiliki rumah dengan pagar pancang putih, dan mainan yang berselerak di laman hijau. Saya mempunyai impian tentang keluarga yang utuh dan semua ahli keluarga mempunyai nama akhir yang sama. Impian saya mewakili keselamatan dan kestabilan—sesuatu yang saya tidak alami sepanjang zaman kanak-kanak saya.


Saya sangka jika saya menghadiri gereja pada hari Ahad, membaca buku yang betul, dan melakukan perkara yang betul, semua impian saya akan menjadi kenyataan dan saya akan memiliki keimunan Yesus tertentu daripada masalah kehidupan. 


Dalam tempoh beberapa tahun, segala sesuatu berjalan berdasarkan rancangan saya. Saya berkahwin dan melahirkan bayi yang comel, dan memiliki rumah yang mempunyai laman. Kehidupan adalah sangat baik sehinggakan saya mencemburui diri sendiri! 


Apabila saya mendapat tahu bahawa suami saya berlaku curang, dan tidak sanggup berjuang untuk pemulihan perkahwinan kami, saya rasa seolah-olah setiap harapan dalam kehidupan saya telah dihancurkan. Kehidupan impian saya hancur berkecai. 


Dalam puisinya, "Harlem", Langston Hughes mengajukan satu soalan. "Apakah yang berlaku kepada impian yang tertangguh?"  


 "Does it dry up (adakah impian itu menjadi kering)


      like a raisin in the sun (seperti kismis dalam panas matahari)?


      Or fester like a sore (atau menanah seperti kudis)—


      And then run (dan kemudiaannya mengalir)?"


Saya percaya bahawa perkara yang berlaku kepada impian kita apabila tertangguh, tidak terjangkau, ataupun berkecai, bergantung pada pemilik impian itu.  Bagaimana kita memberikan respons akan menentukan sama ada kita akan bergerak mendekati impian Allah bagi kehidupan kita ataupun menjauhinya.


Ekoran daripada pengakuan suami saya, saya berhadapan dengan satu keputusan…


Di manakah saya akan meletakkan harapan saya? Adakah saya meletakkan harapan saya dalam impian saya untuk kehidupan saya? Atau, adakah saya meletakkan harapan saya dalam Allah?


Berdasarkan Alkitab, harapan yang tertangguh menyakitkan hati, tetapi harapan dalam Yesus adalah sauh untuk jiwa kita.  Saya tidak dapat mengubah keadaan saya, sebanyak mana pun saya ingin mengubahnya, tetapi saya boleh memutuskan bagaimana saya akan memberikan respons terhadap keadaan tersebut. 


Saya menjemput anda untuk merenungkan soalan-soalan berikut: Di manakah harapan anda hari ini? Adakah harapan anda dalam impian untuk kehidupan anda? Atau, adakah harapan anda dalam Pemberi Impian? 


Hari 2

Perihal Pelan

Dreams Redeemed

Apakah yang kita lakukan apabila impian kita seolah-olah tidak terjangkau atau berkecai? Saya menghadapi soalan ini berulang kali semasa mengatasi penderaan dan trauma, serta keremukan penceraian. Sama ada anda mengalami...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harmony Grillo (I Am A Treasure) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://harmonygrillo.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami